TUITUMAN DAN TOK DOR HADI HADIR KE PAU?


Tuituman mengesahkan yang dia dan presiden Hadi Awang akan hadir ke mesyuarat agung Umno lusa. Baguslah untuk merapat dan mengerat serta memperkemaskan tali Muafakat Nasional, Pas kena hadir tunjuk muka.
Cuma diharap jangan ada suara-suara nakal menjuah dan melontarkan kata-kata kesat kepada kedua pemimpin Pas itu nanti. Kita percaya ahli Umno berdisiplin dan tidak akan bertindak diluar batas susila.
Tidak adalah nanti laungan "marakbah" atau bermaksud pergi mampos Asri seperti mana pernah berlaku dalam muktamar Pas diera Asri Muda suatu masa lalu dimana Allahyarham dimarakbah oleh segelintir pemuda Pas fanatik yang sudah diresapi anasir Syiah.
Kita berharap demikian kerana tindak tanduk dan sikap Pas ke belakangan ini dilihat tidak begitu manis dengan Umno, setelah bersama PBBM dan dilantik menjadi menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC.
Semoga ahli dan penyokong Umno lebih matang dan rasional daripada ahli dan penyokong Pas. Trims.




No comments: