MB Selut

MB Selut

Aku dah pernah tulis tentang isu tuntutan ‘bekalan’ air sungai ni, tapi hari ni aku nak tulis lagi.

Khabarnya kerajaan Kedah akan buat Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di 14 tempat sepanjang Sungai Muda, bertujuan untuk meningkatkan bekalan air untuk kegunaan negeri tersebut.

Jadi MB Kedah tu pun ‘ugut’ negeri sebelah kononnya lepas siap sahaja TAPS tu, maka yang hanya sampai ke Pulau Pinang adalah selut atau lumpur.


Apabila empangan dan takungan tu dah penuh, maka air akan terus mengalir macam biasa. Macam kau buka paip isi air dalam baldi, bila air dalam baldi dah penuh, melimpahlah air tu mengalir keluar.Aku tak pasti MB Kedah ni sekolah macam mana sampai dia boleh fikir mcm tu. Takungan tu sifatnya sama sahaja macam empangan. Ia adalah tempat simpanan air sungai, tapi bukan SEMUA air sungai akan tersimpan dalam tu kerana sifat air sungai ini sentiasa mengalir.

Jari bila semua TAPS dah mencapai kapasiti maksimum, lebihan air tu nak alirkan ke mana? Rumah MB? Dah tentulah akan mengalir semula ke Sungai Muda.

Jadi kalau Kedah buat TAPS sekalipun, aliran air Sungai Muda dari hulu ke hilir akan terus kekal seperti biasa. Dia takkan jadi selut atau lumpur macam mana yang MB Kedah dan walaun sedang bayangkan.

Tengok sahajalah contoh sungai-sungai besar di dunia, Sungai Mekong, Sungai Nil, Sungai Amazon, Sungai Yangtze, Sungai Missisippi, Sungai Gangga, Sungai Amur dan lain² yang melalui berapa buah negara, negeri, wilayah dan daerah.

Kau gunalah air tu sebanyak mana sekalipun utk kegunaan harian, pertanian dan sebagainya, air sungai tu tetap mengalir dan tak pernah kering. Yang penting adanya sikap tanggungjawab untuk pelihara sumber air tu terutamanya kawasan hutan tadahan hujan.

Kalau sumber air Sungai Muda terjejas, jangankan Pulau Pinang, 14 TAPS milik Kedah tu pun tak jadi apa.

Cuma nak pesan la kat MB, awak tu dapat kuasa baru setahun dua. Bersederhana dan merendah diri itu adalah sifat pemimpin yang dihormati. Jangan angkuh sampai rasa jawatan tu akan kekal selamanya, bila² masa Allah boleh tarik semula.

Nukilan Tuan Rosly Yusof