BEBERAPA PERGERAKAN SEMASA POLITIK




Peringkat kini di sisi PH ada beberapa gerak kerja yang di lakukan. Seperti di nyatakan dalam penulisan lalu, sekiranya ada panggilan untuk kami...barulah beberapa kerja di lapangan bermula. Kalian maklum penghantaran dokumen oleh MP kepada majlis raja-raja kemudian dahuluan berkaitan kepada kes darurat.

Tidak banyak yang buleh kami katakan kecuali perlu beritahu bahawa kami sedang cuba membantu melaksanakan proses tersebut.

Keduanya, PH semakin dapat bola di kakinya. Dan secara jujurnya pd pendapat kami, kami suka umno & pis bersama kpd parti Bersatu. Hat Najib & Zahid Hamidi itu flip flop ja, dalam handal pun kena tipu hal moratorium & 150,000 laptop kpd pelajar di mana laptop itu hanyalah LOAN dan bukan sumbangan dr pihak GLC. 

Muhyiddin & Azmin sdg persiapkan PRU. Kalau umno & pis bersama tanpa bersatu, ya sedikit sebanyak kami juga sedikit terfikir akan peperangan yg setara kpd PH. Sebaliknya mereka bersama Bersatu, kami sedikit lega sebenarnya.

Tapi usah lupa kpd 3-4 orang yg mendabik dada katanya kemenangan PRU 14 di sebabkan oleh mereka, hat kumpulan terbuang ini seeloknya di jauhi terutamanya oleh Keadilan & parti Tindakan Demokratik.

Dan kepada Amanah, harap usah lg menunggu buah masak & ranum atas pokok kerana pokok yg bermasalah biasanya juga bermula dr putik bunga yg di hinggapi serangga & kulat. Kelak buah yg jatuh ke riba dgn harapan manis utk di makan itu hanya sia2 di buang belaka. Keadilan, Amanah, Tindakan Demokratik perlu di perkemaskan & perkuatkan bersama... dan usah lupa untuk turun ke bawah sana beri bantuan kpd rakyat tidak kiralah hal laptop, makanan, kesihatan dll.

Perikatan Nasional ini di tubuhkan oleh sdra Mahathir itu sendiri & di akui oleh Azmin secara jelas. Langkah pertama ialah utk keluar dr PH & membentuk gabungan yg lain. Tapi rancangan yg teliti itu akhirnya bertukar tragedi. Yang di kejar tak dapat, yg di kendong berciciran. Itu adalah apa yg berlaku.

Walaupun begitu, sebenarnya beliu cuba utk menguasai dgn cara2 tertentu. "Art of politics" ini tidak ramai yg mahir dan ada beberapa orang politik saja yg berjaya adaptasi.

Walaupun GM menyentuh sdra Mahathir di sini, kami tetap menghormati beliau atas beberapa perkara. Jika ada permintaan dari pihak ini, mereka perlu mengikut dasar yg di tentukan oleh PH. Sekali lg, sebolehnya PH usah mencari masalah dan teruskan perbaiki masalah dalaman itu sendiri.

Ok, cukup hal politik seketika.

Yang terakhir nukilan di sini, sekiranya berjaya penyusunan kami di luar sana sebagaimana di arahkan... urusannya berbentuk mewujudkan parlimen bersidang, hal ekonomi, covid. Kerajaan yg ada kini GAGAL mentadbir & menguruskan masalah ketika pandemik covid.

Mereka katakan covid semakin berjaya di kawal. Tapi apa yg rakyat lihat sdra pengarah kementerian kesihatan sendiri bocorkan maklumat bahawa kenaikan angka covid bulan Januari lepas di campur pd kes yg tidak di lapurkan tahun 2020 lalu walaupun pesakit telah di sahkan bebas negatif.

Seandainya berlaku kelewatan lapuran dr pihak swasta sekalipun, mengapa angka tersebut tetap di masukkan juga bersama data angka semasa terkini seolah2 data tersebut di gunakan utk mewajarkan darurat yg akhirnya rakyat melihat ia menyentuh proses kegagalan persidangan parlimen & ordinan darurat berlaku.

Rakyat dah mula bersuara mungkin selepas Anwar bercakap lg, angka kembali naik.

GM minta maaf sekiranya KKM terkecil hati dalam hal ini. Bukan nak memperlekehkan atau permainkan hal pandemik sebegini.

Ini adalah kejadian serta fakta yg tidak sepatutnya berlaku & kesilapan yg paling di benci oleh rakyat. Nyawa rakyat & sara hidup rakyat menjadi percaturan politik. Ini harus di hentikan serta merta, jika tidak mampu menguruskan... serahkan pd pihak yg berhak & di redhai mampu utk melakukannya.

Yang berkarya:

Gino Marvela

 

 

No comments: