NAMA PUN WALAUN...DOK PIANG SITU LA...DEPA SAJA BETOI...TAMBAH PULAK DENGAN DALIL....

 


Walaupun PN berserabut, PAS tetap ‘puas hati’ kerana ahli tetap wala’

Walaupun PN berserabut, PAS tetap ‘puas hati’ kerana ahli tetap wala’

Selepas hampir genap setahun berada dalam kerajaan, adakah Pas atau lebih tepat pengikutnya berbangga dengan pencapaian yang diperoleh para pemimpinnya sebagai menteri atau timbalan menteri?

Soalan seterusnya, apakah pencapaian yang membanggakan para pengikut Pas itu?

Apabila menjadi sebahagian anggota kerajaan, Pas sebenarnya berdepan kerja mudah kerana mereka tidak dibebani dengan sebarang manifesto.

Iyalah manifesto apa yang mahu dilaksanakan jika kerajaan yang ditubuhkan itu pun bukan daripada mandat rakyat.

Sebaliknya, Pas hanya perlu melaksanakan apa sahaja yang mereka teriakkan semasa menjadi pembangkang dahulu.

Mahu laksanakan RUU355, perjuangan keadilan kematian anggota bomba, Allahyarham Mohd Adib, hapuskan pengeluaran minuman keras dan pusat perjudian, laksanakan hudud, hapuskan sekolah persendirian, laksanakan tulisan jawi di semua sekolah tanpa kecuali dan hapuskan persatuan pendidikan Cina, Dong Zong.

Malangnya, selepas hampir setahun Pas menjadi kerajaan, adakah mereka mampu laksanakan apa yang dipekikkan satu masa dahulu?

Adakah mereka mampu laksanakan RUU 355 selepas puas berhempas pulas menghimpunkan sekalian ahli di seluruh negara hadir ke Padang Merbok?

Jawapannya sudah terang lagi bersuluh. Pas hanyalah sebuah parti cap ayam yang hanya pandai berkokok tapi ekor bergelumang najis!

Ayam jantan kalau berkokok pada waktu Subuh, apabila matahari muncul, maka didakwa, matahari muncul kerana kokokannya.

Jauh panggang dari api

Demikian juga dengan Pas, tak sudah-sudah mendakwa segala kebaikan yang terlaksana di bumi Malaysia adalah jasa perjuangan parti mereka. Jauh panggang dari api!

Tetapi kini selepas menjadi kerajaan, nada mereka bukan sahaja sudah berubah tetapi memeningkan pula.

Hatta apabila Saifuddin Nasution mempersoalkan kedudukan RUU 355 dalam perjuangan Pas, beliau pula ditempelak dengan Ahmad Fadhli Saari.

Kata ahli Parlimen Pasir Mas itu, Pakatan Harapan (PH) sendiri tidak boleh diharap perjuangkan pindaan akta tersebut.

Aneh sekali fikiran pemimpin Pas sekarang. Sebelum ini, merekalah yang paling lantang memekik mendakwa diri dan parti sebagai pejuang tulen Islam.

Tetapi kini apabila ditanya perjuangan untuk martabatkan perundangan Islam, pihak yang ditanya pula ditempelak.

Jangan kecil hati tapi sekadar nasihat awal, sewajarnya pemimpin Pas sekarang diperiksa tahap kesihatan mental mereka.

Siti Zailah yang dahulu lantang menggegarkan Dewan Rakyat dengan menuntut keadilan untuk Adib, kini, selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga sudah membisu seribu bahasa.

Tatkala pelbagai masalah melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak seperti keganasan domestik, pencabulan, sumbang mahram dilaporkan, suara beliau hampir langsung tidak kedengaran sama ada melalui kenyataan media atau ulasan berita.

Sebaliknya, beliau muncul di laman sosial dengan perkongsian yang mudah dipersendakan seperti menguruskan masalah tangki air dan binatang ternakan yang berkeliaran di kawasan Parlimen diwakilinya.

Isu industri judi usahlah ditanya kerana umumnya sudah maklum betapa Pas kebaculan bersuara dalam hal ini. Cabutan bertuah yang dikurangkan oleh PH daripada lapan kali setahun telah kembali kepada 22 kali. Apa tindakan yang diambil oleh Pas? Hampir tidak kedengaran.

Keadaan Pas yang cukup lemah, bacul dan tempang ketika ini memang merimaskan ahli-ahli bawahan. Mereka ingin bersuara tetapi bimbang dilihat melawan pimpinan terutama Abdul Hadi Awang.

Maklumlah, sudah sekian lama otak didoktrin bahawa menyanggah pendapat pemimpin melanggar adab berjemaah, maka takutlah sekalian Pas untuk bersuara kerana bimbang kalau mati dicampak ke dalam neraka.

Apa yang mampu dibuat oleh ahli-ahli Pas hanyalah bersangka baik dengan pemimpin mereka walaupun di sudut hati memberontak. Bagi mereka, pemimpin Pas bertindak berlandaskan kepada ilmu dan kepakaran walaupun tidak dapat dipastikan apakah kepakaran yang mereka miliki.

Oleh kerana pemimpin Pas itu memperjuangkan Islam, maka ahli-ahli Pas percaya bahawa tindakan pemimpin mereka sentiasa mendapat suluhan cahaya daripada Allah Taala.

Dalam Pas memang begitu sifatnya, para pemimpinnya juga cukup cekap menghalalkan tindakan mereka dengan menggunakan dalil yang digoreng sesuka hati.

Jika dahulu, Umno dianggap musuh Islam tetapi kerana budaya ilmu tidak subur dalam Pas, maka apabila diubah Umno sebagai saudara Islam sekalipun, ahli-ahli Pas dengan mudah menerima kenyataan tersebut tanpa banyak soal.

Maka selesalah pemimpin Pas apabila kedudukan mereka tidak mendapat tekanan ahli-ahli bawahan yang wala’ tak kena tempat..



No comments: