PELINGKUP DULU DULU KINI DILANTIK LAGI?

 

PERLANTIKAN JAMIL KHIR SEBAGAI PENGERUSI PERHEBAT


May be an image of 1 person

Baru-baru ini diumumkan bahawa Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B) telah dilantik menjadi Pengerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT).

PERHEBAT diwujudkan bagi menyediakan kursus kemahiran kepada veteran tentera untuk mereka mendapat pekerjaan selepas perkhidmatan.

Kini kerajaan mengambil keputusan meletak Dato’ Seri Jamil Khir, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebagai Pengerusi PERHEBAT yang baru.

Sewaktu Dato’ Seri Jamil Khir memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang bertanggungjawab ke atas Lembaga Tabung Haji, Tabung Haji menghadapi beberapa kesulitan sehingga rizabnya menjadi negatif dan mendapat teguran Bank Negara pada 2015.

Ini menyebabkan kesukaran Tabung Haji memberikan hibah kepada pencarum sehingga aset-aset Tabung Haji terpaksa distrukturkan semula.

Kita juga tidak lupa beliau pernah dikaitkan dengan penyalahgunaan wang untuk anak yatim dan miskin di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada 2015.

Ketika itu, Pengarah National Oversight and Whistleblowers, Akmal Nasir (kini Ahli Parlimen Johor Bahru) mendedahkan sebanyak RM410,978.56 wang Yayasan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) digunakan untuk rombongan Dato’ Seri Jamil Khir ke Amerika Syarikat.

Ini termasuk beberapa acara meraikan Menteri seperti golf, jamuan dan rombongan membeli-belah.

Fungsi PERHEBAT menjadi lebih penting kini dalam kegawatan ekonomi ekoran wabak Covid-19.

Mengapakah pentadbiran Perikatan Nasional mengambil keputusan meletak bukan sahaja orang politik, tetapi seorang yang dikaitkan dengan salahguna wang amal jariah di kedudukan penting ini?

Adakah usaha menyelamatkan Kerajaan Perikatan Nasional yang rapuh lebih penting dari kebajikan veteran-veteran tentera yang ada?

NIK NAZMI NIK AHMAD

AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

 

No comments: