TERINGAT SAAT AWAL PANDEMIK BILA BERPUSU-PUSU DIBIARKAN STUDENT BALIK KPG SAYA KATA CARA KERAMITA PN HANDLE AKAN MENJADIKAN MALAYSIA SEPERTI ITALY.

Tapi ada kutu Kincin Tatak Mungi dok sanggah saya dan kata KUNUNnya Malaysia lebih mirip Singapore. Tengok sendiri Singapore di mana dan hospital Malaysia jadi macamana mana?

Jangan nafikan sikap Penguasa yang CLUELESS telah menyebabkan Frontliners dan Sistem Kesihatan Awam kita tertekan.

Wallahualam.

- Zus Din

10 Januari 2021

*********************

Medan Perang Dalam Hospital

Bekerja semalam, katil-katil penuh dengan kes-kes berisiko Covid. Pasukan kami bekerja keras tanpa henti. Kes-kes pula tidak dapat masuk ke wad kerana semua katil hospital telah penuh. Malah kes-kes yang perlukan ventilator yang sepatutnya masuk ICU terpaksa diurus di zon kecemasan.

Kami juga berhadapan dengan rakan-rakan yang ‘tumbang’ satu persatu kerana dijangkiti Covid. Malah kes-kes berisiko di kecemasan semasa bertugas hari ini, walaupun tiada kontak dengan pesakit Covid, 5 dari mereka positif Covid apabila ujian makmal balik kemudiannya.

Malah, semalam satu kes yang ditikam isteri selepas bergaduh, positif Covid. Merawat trauma satu hal, merawat Covid pula satu hal lagi. Yang positif dadah ‘methamphetamine’, yang dapat sawan, dapat strok, serangan jantung masuk ke zon rawatan yang sudahpun penuh.

Satu-satunya penenang jiwa adalah pasukan kami yang sabar dan bantu-membantu dalam susah dan senang. Habis syif semua keletihan tetapi masih tetap senyum mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja satu syif.

Cuma terasa tidak seronok kerana rakan-rakan yang mengambilalih syif menerima katil-katil yang penuh pada permulaan syif. Tidak suka menjadikan hari mereka sukar.

Anda masih makan beramai-ramai di pantri dan kedai makan pada jarak kurang 1 meter? Anda ketawa terbahak-bahak di meja yang dicantumkan? Anda membuka mask dan mengambil gambar di kenduri-kendara? Anda bersalam, berpeluk dan cium dengan saudara jauh yang melawat?

Malah, tanpa sekuman rasa bersalah dan penuh bangga anda berkongsi gambar-gambar yang diambil rapat-rapat kurang 1 meter dalam keadaan membuka mask di media sosial dan ini seterusnya menjadi ikutan orang lain. Ianya amat menusuk hati kerana menjadi bukti langgar SOP yang dipamerkan.

Saya sangat hairan dengan nilai moral dan etika mereka yang masih demikian sikapnya walaupun dipesan dan diingatkan dengan mesra, rayu malah sedikit rasa marah. Tulis surat sudah, buat video pesanan pun sudah.

Kes sudahpun meledak dan kita berada dalam peperangan yang momentumnya deras. Jumlah kes adalah tertinggi kini.

Pulang kerja, apabila melewati kedai-kedai makan, saya melihat fenomena serupa - makan ramai-ramai pada meja kecil yang jaraknya kurang 1 meter. Kalau makan 2 orang semeja pun, ia meja kecil dan jaraknya kurang 1 meter dan pastinya virus boleh melompat dengan mudah dalam keadaan tanpa mask. Begitu juga bila beriadah.

Anda boleh berseronok tanpa sedikitpun ada etika untuk menghentikan rantaian Covid. Rakan-rakan sekerja kami bertarung dan ada yang tumbang. Kami menerima semua ‘hasil sumbangan’ anda setiap hari di hospital.

Apabila anda tidak serius mengamalkan SOP, anda memberi ‘peluru hidup’ kepada virus untuk frontliner ditembak. Mereka yang serius pula menjadi perisai kepada kami dan sungguh kami hargai. Terima kasih atas budi baik anda.

Sebenarnya hanya anda sahaja yang boleh memenangkan perang ini, bukan kami.

Kami hanya menguruskannya sahaja.

#siapajagasiapa

Nota: Sekeping Surat Dari Frontliner :

 

No comments: