MP MACHANG MP PERTAMA TARIK SOKONGAN

 

Image may contain: 1 person, text that says "Ahmad Jazlan Umum Tarik Sokongan, Kerajaan PN Bakal Jatuh? UTAMA By Editor 09/01/2021 163 0 SIDANG MEDIA PENGERUSI ERHUBUNGAN UMNO NEGERI KELANTAN Ahmad Jazlan Umum Tarik Sokongan Kerajaan PN Bakal BakalJatuh? Jatuh? 09/01/2021 KOTA BHARU Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mengumumkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini."







MP Machang dah tunjuk contoh kpd Ahli-ahli Parlimen dari UMNO BN supaya bertindak sebelum terlambat. JIKA ada "batu" sila tarik diri dari sokong TSMY dan KERAMITA PN. Rasanya UMNO dah baca taktik KERAMITA PN ni nak halang PAU macam spekulasi yg bertiup kencang kot?

Tak perlu ramai pun sebenarnya. Pakat 3 4 org lagi umum, tersembamlah KERAMITA PN ni. Selepas itu, serahkan kpd kebijaksanaan Ke Bawah DYMM SPD YDPA menentukan mengikut apa yg diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Saya pernah berkali-kali provoke bab ini. JIKA dilihat semula artikel-artikel yg lalu saya menyebut sekitar 4 5 org MP UMNO akan tarik diri jika B2021 diluluskan. Meskipun saya sendiri kurang yakin, adakah mereka benar-benar ada "TULUR"?? Kita nantikan.

JIKA jatuh, pastinya TSMY akan memohon Parlimen dibubarkan. Tapi dalam keadaan pandemik sebegini, faham-faham shjlah. Apapun kita serah pada YDPA utk buat keputusan terbaik dan berdoa pada Allah semoga diberikan hidayah.

Wallahualam

- Zus Din

09 Januari 2021

***********************************

Ahmad Jazlan Umum Tarik Sokongan, Kerajaan PN Bakal Jatuh?

KOTA BHARU – Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mengumumkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi UMNO negeri kelantan mengumumkan perkara demikian dalam sidang media sebentar tadi. Penarikan sokongan ini bermakna kerajaan PN kini hanya mempunyai 110 kerusi dan akan hilang sokongan majoriti dalam masa terdekat.

Gagasan politik yang membabitkan tiga gabungan parti besar dalam kerajaan, iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini mempunyai 112 kerusi pada Disember lalu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Gua Musang dari BN, Tengku Razaliegh Hamzah telah menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin menjadikan sokongan kepada Perdana Menteri hanya 111 orang.

Dengan pengumuman Ahmad Jazlan ini, kedudukan terkini Kerajaan Perikatan Nasional adalah 110 orang dan yang tidak menyokong juga 110 orang. Jumlah ahli Parlimen sekarang ialah 220 orang setelah Ahli Parlimen Batu Sapi dan Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia.

Dipercayai beberapa Ahli Parlimen UMNO lain akan membuat kenyataan media yang sama menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sr, Muhyiddin Yassin sekaligus menyebakan Muhyiddin hilang sokongan majoriti Dewan Rakyat dan perlu meletak jawatan.

Berita lanjut menyusul....

 

No comments: