ELOK SANGAT LAH...DOK IKUT SAKA TUA TU BUAT APA..MENYEMAK SAJA
MATC Cabang Port Dickson telah diadakan pagi tadi di Glory Beach
Resort, Port Dickson yang telah diresmikan oleh Ketua Penerangan Pusat, YB
Shamsul Iskandar. Sebelum itu, Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang juga telah
diadakan.
Di dalam MATC pagi tadi, satu usul yang dibawa oleh perwakilan sdr Yusoff Latiff
iaitu mendesak Parti Keadilan agar menghentikan kerjasama
politik bersama Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk membawa bekas PM kerajaan PH
itu ke dalam PH sekali lagi. Ini berlanjutan daripada tingkah laku Tun Dr
Mahathir yang berterusan menyerang Presiden Keadilan selepas kejatuhan kerajaan
PH akibat perletakan jawatan Tun Dr Mahathir yang tidak dirunding bersama
dengan Majlis Presiden PH sehingga membawa pengkhianatan dilakukan oleh
kumpulan Muhyiddin dan Azmin.
Sikap Tun Dr Mahathir ini tidak langsung menggambarkan semangat
setiakawan di dalam PH dan samasekali tidak bertanggungjawab. Bahkan, cita-cita
beliau ingin mewujudkan kerajaan perpaduan adalah sebagai cara untuk membunuh
PH itu sendiri sekaligus untuk menyekat Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi PM selepas
beliau seperti perjanjian di dalam PH sebelum PRU14 lagi.
Usul yang dibawa oleh perwakilan tersebut telah mendapat
sokongan sebulat suara dari semua perwakilan.
Tindakan yang dilakukan oleh Cabang Port Dickson ini patut
diberi pujian kerana membuat keputusan yang tepat dan jelas. Semoga kesemua
Cabang di seluruh negara melakukan perkara yang sama di dalam MATC
masing-masing sebagai tanda kita bersolidariti dengan nasib PH yang dikhianati
dan juga terhadap Presiden yang kita sayangi yang terus diserang oleh Tun Dr
Mahathir.
WFAUZDIN NS