COVID-19: 2,433 kes baharu, angka kematian kembali meningkat

 

Madiha Abdullah
COVID-19: 2,433 kes baharu, angka kematian kembali meningkat
Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 730 kes, diikuti Sabah sebanyak 403 kes dan Johor sebanyak 321 kes. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 di Malaysia kekal di angka melebihi 2,000, dengan 2,433 kes lagi dicatat hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 135,992 kes, dengan kes aktif ketika ini adalah 27,332 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Bagi kes penularan di dalam negara, 1,784 kes adalah warganegara Malaysia dan 642 kes adalah bukan warganegara.
Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 730 kes, diikuti Sabah sebanyak 403 kes dan Johor sebanyak 321 kes.
Terdapat pertambahan sembilan kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 551 kes.
Lima kluster baharu dilaporkan hari ini membabitkan negeri Selangor, Sabah dan Kelantan, menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 254 kluster.


No comments: