KEADAAN YANG BAKAL BERLAKU-

 

Jimmy Puah 潘伟斯 - Biodata dan portfolio saya sebagai Exco... | Facebook


Semalam saya telah terangkan, Tan Sri Muhyiddin wajib dibawah amalan perlembagaan untuk menghadap DYMM Di-Pertuan Agong untuk memaklumkan kepada Baginda, beliau telah hilang majoriti di dewan dan kerajaan PN ini kini adalah kerajaan minoriti.

Ramai yang tanya, apa langkah seterusnya? Di bawah perlembagaan dan amalan Westminister Agong mempunyai budibicara untuk:-

1) Meneliti laporan PM dan menerima perletakkan jawatan PM;

2) Tidak menerima perletakkan jawatan buat sementara masa, dan berjumpa dengan pimpinan parti, atau ahli parlimen untuk memastikan ada ahli parlimen lain yang kini mempunyai sokongan majoriti seperti yang diperuntukkan dibawah Artikel 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

3) Menerima perletakkan jawatan PM dan memberi peluang atau keutamaan kepada Ketua Pembangkang untuk menubuh kerajaan baru.

4) Membenarkan PM kerajaan sekarang untuk terus mentadbir negara ini sebagai kerajaan minoriti.

5) Menerima cadangan PM untuk bubar Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum.

Hakikatnya mengikut amalan, PM perlu menghadap Agung segera untuk memaklumkan situasi terkini & menawar untuk letak jawatan kerana telah hilang kepercayaan majoriti AP dan terpulang kepada budibicara Agung untuk mengambil tindakan seterusnya demi kestabilan politik selaras dengan keadaan negara sekarang & perlembagaan persekutuan.

Jimmy Puah Wee Tse

Timbalan Pengerusi Keadilan Johor

10hb Januari 2021

 

No comments: