PARTI KECIL TIDAK BERDAFTAR TAPI LAGAK MENGALAHKAN UMNO

 

Pejuang pertimbang bertanding atas tiket Amanah

Amanah offer Pejuang, jika parti mahathir ini tidak dapat bertanding dalam PRU nanti kerana partinya tidak lulus pendaftaran, Pejuang boleh guna logo Amanah.

Patutnya, Mukhriz ucap terima kasih.

Tapi Mukhriz masih berlagak, dia letak syarat bahawa Amanah mesti tidak bersama parti kleptokrasi, katanya.

Wah...macam la parti dia tu lebih besar dari Amanah atau berharga sangat. Semenjak bila pula parti dalam PH bersama kleptokrasi?

Apa yang kita tahu, parti yang kutip kleptokrasi masuk dalam partinya sewaktu kerajaan PH jadi kerajaan, parti itu adalah parti Mahathir sendiri. Berbelas MP dari Umno dikutip masuk Bersatu ketika itu, termasuk yang ada kes skandal 1MDB. Masuk Bersatu je, tutup kes. Contohnya seorang MP wanita dari Melaka. Bagaimana dengan mustapha mohamad? Itu belum kira S/Usaha politik mahathir sendiri, Zahid Md Arip yang terang-terang mengaku dalam mahkamah bawa beg berisi duit untuk Isa Samad sewaktu beliau jadi pegawai kepada Isa Samad, Pengerusi Felda ketika itu. Semua kes diselamatkan oleh bapak Mukhriz, Mahathir. Kamu mahu berlagak mahu tunjuk Pejuang tu bersih dan suci?

Lagi satu, usah mimpilah PH mahu kutip bapak kamu selagi Keadilan berada dalam PH. Bertanding atas logo 'hidung besar' pun kami akan lawan kamu.

WFAUZDIN NS

 

No comments: