JANGAN TERKEJUT JIKA PN MINTA BANTUAN MAHATHIR...



NORMAN RADZUAN

Perjalanan Anwar masih jauh...
HALANGAN ANWAR JUGA DTG DARI DALAMAN PH
Perjalanan politik Anwar sungguh mencabar. Bukan sahaja teruk dibelasah, diaibkan dan dipenjarakan di zaman rejim Mahathir tapi sekali lagi dilakukan di zaman Najib. Malah Mahathir sekali lagi mengkhianati Anwar selepas diberi kepercayaan oleh Anwar utk bersama PH.
Skg mata tertumpu ke PWTC. Semua menantikan apakah keputusan Majlis Tertinggi UMNO. Jika mereka menolak utk bersama Bersatu bermakna kerajaan PN akn jatuh, jika sebaliknya bermakna kerajaan PN akn terus menjadi kerajaan sehingga PRU15.
Berdasarkan surat dan perakuan Annuar Musa bahawa Zahid Hamidi telah menandatangani surat sokongan Anwar Ibrahim sebagai PM bermakna atas kertas Anwar boleh ditabalkan sebagai PM dan dari segi moral Tan Sri Muhyiddin kerajaannya sudah jatuh.
Rakyat kini hanya menunggu kebijaksanaan baginda? Jgn terlalu ghairah...masih menjadi tanda tanya andaikata UMNO menolak bersama Bersatu adakah akn berlaku PRU15 atau sekadar pertukaran kerajaan seperti berlaku kpd PN. Berdasarkan kpd kes semasa Covid19 dilihat adalah mustahil utk diadakan PRU15.
Adakah Muhyiddin mahu diadakan PRU15? Dia berbohong jika mahu PRU diadakan. Perlu diingat tanpa UMNO akn membuatkan Muhyiddin, Azmin dan Zuraida hilang dari rada politik tanahair. Next...?
Bagi saya halangan Anwar terlebih dahulu ialah permuafakatan PH. Jgn terkejut andaikata ada pemimpin2 PAN menolak utk gabungan bersama PH dgn pelbagai alasan.
Alasan yg ampuh diberikan tidak mahu kerjasama dgn kleptopkrasi walaupun PAN bekerjasama dgn UMNO di Perak. Ini kerana sejak 8 bulan yg lalu di mata beberapa pemimpin PAN sentiasa mencari salah Ketua Pembangkang itu.
Mereka suruh cari nombor, bila Anwar ada nombor mereka tolak kerjasama dgn UMNO. Tapi mereka mahu bekerjasama dgn pengkhianat PH sendiri. Anwar sudah tua, mahu anak muda dan bermacam alasan mereka mahukan. Mereka boleh kerjasama dgn sesiapa sahaja tetapi tidak Anwar Ibrahim. Hebat Mahathir dlm 22 bulan boleh mengubah semangat setiakawan beberapa pemimpin PAN.
Jadi jgn terkejut jika hanya 3-4 pemimpin PAN yg akn bersama PKR dan DAP jika keputusan Majlis Tertinggi UMNO mahu bekerjasama dgn PH.
Lihat gambar di bawah yg sering dimainkan oleh pemimpin PAN.
Gambar Mazlee dikeluarkan dan dimasukkan gambar Lid dan Fuz... Fahami maksud yg tersirat... ia bukan gambar biasa2. Yg pasti mereka sgt menolak PRU15 dan rela PN memerintah kerana jika berlaku PRU15 separuh dari mereka akn hilang wajah mereka di Parlimen.
JGN TERKEJUT AZMIN HUBUNGI MAHATHIR SEBAGAI TALIAN HAYAT membawa MP2 yg menyokong Mahathir utk bersama GC PN yg baru.


No comments: