PM Muhyiddin lembab, Covid 19 merebak pantas


Malaysiakini - Anwar scoffs at Dr M, cites 2013 popular vote when he led  election charge


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dinasihatkan mengambil pendekatan yang lebih drastik menangani peningkatan mendadak jangkitan Covid 19 sejak seminggu lalu.

Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya meneliti keluhan orang ramai serta pengamal perubatan yang menghantar surat terbuka kepada beliau hari ini.

“Rata-rata mereka menzahirkan kebimbangan yang mesti diambil perhatian secara serius.

“Oleh yang demikian, saya menggesa Perdana Menteri memberi perhatian dan penekanan yang lebih berhubung kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.

“Wabak Covid-19 adalah isu negara. Kerajaan perlu mengambil kira pandangan pakar-pakar yang antaranya mengesyorkan untuk meningkatkan ujian Covid-19 dengan menggunakan kit RTK-Ag yang lebih murah, berbanding PCR (yang digunakan sekarang),” kata Anwar dalam satu kenyataan.

Selain mengamalkan prosedur ujian yang lebih ekonomik, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menyarankan agar kerajaan mempercepatkan proses pengawalseliaan terhadap kontak rapat pesakit sehingga imunisasi dapat dimulakan dengan lancar sebaik sahaja vaksin pertama tiba.

Katanya, selain mengutamakan kumpulan berisiko tinggi, kerajaan juga wajar mempertimbangkan pemberian vaksin kepada pekerja migran untuk melindungi sektor industri daripada terjejas.

“Kos vaksin juga mesti dikawal dan harus kurang dari RM100 setiap dos.

“Saya percaya cadangan mereka (pengamal perubatan) ini ada asas serta hujah kukuh dan kerajaan tidak harus mengabaikannya,” kata Anwar lagi.

Jangkitan Covid 19 di Malaysia dianggap berada pada tahap membimbangkan dalam seminggu ini apabila kes baharu sering memperlihatkan jumlah di atas 3,000 sehari, serta kes aktif melebihi 20,000.

No comments: