JANGAN DOK MAIN DUA KOLAM.....TANGISAN AIR MATA BUAYA

 

Tangisan penyatuan di PWTC masih segar dalam ingatan, Umno ingatkan Pas

Tangisan penyatuan di PWTC masih segar dalam ingatan, Umno ingatkan Pas

Susulan hubungan antara Bersatu dan Umno yang dikatakan tegang, beberapa pemimpin parti itu berharap rakan sekutu mereka, PAS tegas pendirian menyatakan sokongan.

PAS perlu memutuskan untuk kekal sebagai rakan komponen Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu atau mempertahankan gagasan Muafakat Nasional (MN) bersama Umno.

“Saya berharap PAS boleh lebih tegas dengan pendirian mereka melihat kepada persefahaman antara Bersatu dan Umno,” kata Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub secara ringkas ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Senada dengan Jazlan, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Razlan Rafii juga percaya akar umbi PAS masih mahu berjuang bersama partinya.

“Saya percaya akar umbi PAS juga mahukan Umno terus bersama mencipta kemenangan seperti yang diidamkan semasa kami sama-sama jadi pembangkang.

“Kita merayu demi kesatuan penyatuan ummah kepada PAS agar kekalkan MN dan kita sama-sama masuk pilihan raya umum (PRU) demi kesatuan yang jitu,” katanya.

Tambah Razlan, dia juga berharap PAS masih mengingati peristiwa penyatuan kedua-dua parti itu melalui piagam MN.

“Tangisan penyatuan di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) masih segar dalam ingatan setiap orang Melayu. Mereka suka dan gembira dengan kesatuan ini.

“Bukan datang bergolek, ia bermula di atas pentas ceramah penyatuan ummah, pemimpin Umno naik pentas, mohon maaf kepada ahli PAS, dan pemimpin PAS naik pentas memohon maaf terhadap ahli Umno, terlerai sudah amarah dan kecil hati antara PAS dan Umno.

“Itu bezanya perkahwinan PAS dan Umno sekiranya hendak dibandingkan dengan madu kita iaitu Bersatu,” tambahnya.

Selain itu, Anggota Parlimen Arau dari Umno, Shahidan Kassim pula menyifatkan PAS mempunyai kelebihan sekiranya kekal bersama Umno.

Kalau Bersatu nak kawan elok-elok, ikhlas.

“Tidak, kalau PAS pergi dengan Bersatu tanpa Umno dia yang ada kerusi kurang dari 18 mungkin tinggal sembilan tetapi kalau pergi dengan Umno PAS dapat 26 kerusi (untuk PRU akan datang),” katanya.

Masih berharap partinya bersama Bersatu mencapai kata sepakat, Shahidan juga menambah, hal itu akan dapat memajukan pentadbiran negara.

“Kalau Bersatu mahu kawan dengan kita elok-elok secara ikhlas, semua parti Melayu ini boleh tadbir negara dan kita akan dapat sokongan dua pertiga majoriti,” katanya lagi.

Untuk rekod, selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan melalui Langkah Sheraton, Bersatu membentuk kerajaan baru melalui kerjasama longgar dengan beberapa parti lain termasuk Umno dan BN.

Ia kemudian menyaksikan munculnya PN yang disertai PAS sebagai salah satu parti komponen manakala Umno dan BN kekal berada di luar gabungan tersebut.

Hal itu menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemimpin Umno yang menyuarakan hal itu sama ada secara terbuka atau berkias, kerana PAS dan Umno sendiri sudah memeterai perjanjian persefahaman melalui MN.

Malah, pergeseran antara Bersatu dan Umno kian ketara selepas terdapat beberapa cubaan Umno untuk merebut kembali kerusi tradisi yang ditandingi mereka namun kini dimiliki oleh Bersatu.

Bukan cuma itu, perselisihan Umno dan Bersatu dikeruhkan lagi susulan dakwaan Bersatu yang galak ‘mencuri’ dan membeli ahli Umno.

Ekoran itu, semalam, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dipengerusikan presidennya Ahmad Zahid Hamidi memutuskan untuk membawa usul masalah hubungan tegang parti itu dengan Bersatu dalam perhimpunan agung Umno, yang dijadual 31 Januari ini.

Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan (gambar, bawah) berkata, MT mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan usul yang dikemukakan oleh 189 daripada 191 bahagian parti, yang dikatakan menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu.

Sementara itu, Bersatu dalam satu mesyuarat majlis pimpinan tertingginya semalam, pula menegaskan agar semua pihak yang terlibat dalam PN menunjukkan sikap sebaliknya dan beranggapan mengadakan PRU pada masa terdekat bukan satu langkah baik.

Terbaru, PAS pula berkata, pihaknya enggan terlibat dalam perselisihan antara rakan sekutu dan sebaliknya menyeru mereka saling berlapang dada.

Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya percaya hanya perpaduan yang utuh dapat membawa kepada pembangunan negara yang bersatu padu.

PAS perlu buat keputusan selamat dan bijak

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, dia yakin PAS tidak akan meninggalkan kerajaan PN, sejurus meletakkan jurang kerjasama dengan Bersatu.

“Saya yakin PAS tidak akan memilih jalan begitu kerana ia akan memberi kesan kepada parti itu juga. Jadi PAS juga kin sedang bertindak dengan selamat,” katanya.

Tambahnya, Bersatu tidak menghalang mana-mana rakan komponen PN untuk bekerjasama dengan pihak lain, namun akui partinya akan terkesan sekiranya PAS bertindak meneruskan gagasan bersama MN.

“Kita tidak pernah beri kata dua kepada PAS tetapi kita harap PAS wajar lihat dari sudut mana pihak yang lebih mudah dipercayai dalam jangka masa panjang.

“[…] Kita tidak boleh buat apa-apa kalau itu pilihan dia (PAS). Kalau PAS pilih MN dan tinggalkan PN, ia sedikit sebanyak ada kesan (kepada Bersatu) saya tidak nafikan,” jelasnya lagi.



No comments: