SEKOLAH PERLU DITANGGUHKAN, UMUMKAN SEKARANG
Bukan tutup ekonomi ketatkan sahaja SOP
LANGKAH PKP MASIH TERLALU AWAL
Saya terbaca pengumuman DS Masidi Manjun kemungkinan utk
mengadakan PKP semula di Sabah. Saya melihat tindakan beliau tak ubah seperti
dilakukan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad.
Maksud saya mengambil keputusan mudah tanpa mahu memikirkan
implikasi lebih besar kpd rakyat. Saya baru mendengar komen di Astro Awani Asia
mengenai keadaan di China dan langkah perlu dilakukan negara kita.
Dr Khir Swee Khem memberitahu Covid19 ini akn berterusan
sehingga 2-3 tahun lagi. Adakah kita mahu tutup ekonomi utk tempoh tersebut.
Mustahil jadi adalah perlu masyarakat hidup dlm normal baru. Dr tersebut
berkata PKP tidak perlu diadakan kerana kita sudah belajar dan mengenali
Covid19 ini.
Bersesuaian dgn pendapatanya dlm keadaan skg tindakan yg wajar
adalah menyekat pergerakan daerah Zon Merah sahaja.. itu pun jika perlu. Ini
kerana Sabah pada Oktober lalu lebih 30 hari telah mengadakan PKPP atau PKPD
tetapi dlm tempoh tersebut jumlah harian masih sekitar 500-900 sehari.
Tapi impilkasi kpd rakyat Sabah ekonomi lumpuh. Rata2 perniagaan
di Sabah 80% bergantung kpd pelancong. Border dunia ditutup...namun pada Julai
hingga Sep keceriaan kembali terlibat di wajah peniaga2 apabila ramai pelancong
Semenanjung hadir. Tiba2 menjadi teruk apabila sektor ekonomi ditutup semula
akibatnya beratus permis perniagaan ditutup sehingga skg.
Pada peringkat skg langkah yg perlu diambil bukan sahaja di
Sabah tetapi di seluruh negara ialah menangguhkan persekolahan anak2. Tarikh
1hb Mac bersamaan dgn tarikh kemasukkan pelajar IPT dianggap lebih sesuai.
Jika sekolah mahu dibuka atas keperluan lain... cukup hanya
pelajar Tingkatan 5 dan 6 atas sahaja dibenarkan. Selainnya ditangguhkan
dahulu. Boleh mulakan secara kelas online dahulu. Pengumuman ini mesti dilakukan
segera utk mengelakkan kepayahan ibu bapa terutama anak2 mereka yg tinggal di
asrama.
Di China mereka galakkan mempromosikan normal baru kpd penduduk
mereka. Mereka menggerakkan ekonomi dgn SOP yg ketat. Mereka juga sudah mula
menggalakkan ekonomi pelancongan. Begitulah dilakukan di Singapura.
Kes di Sabah bukannya disekat rakyat Sabah ke sana sini tetapi
sekat kemasukkan PTI yg bebas keluar masuk. Masalah pemimpin politik negara
kita mereka tidak fokus kpd perkara asas.
Harapan saya bertindak awal Menteri Pendidikan. Hanya tinggal 2
minggu sahaja lagi. Umumkan lebih awal agar tidak menyusahkan ibu bapa pelajar.
Bayangkan jika ada ibu bapa yg tinggal di Kedah mahu menghantar anak mereka ke
sekolah asrama di Melaka....