H A N Y A D I M A R A N G-KENAPA IANYA HEBOH ? SEBAB DI KAWASAN DUTA TIMUR TENGAH...

 BOB KELANANG

Projek Longkang Tidak Ikut Spesifikasi, Bahayakan Penduduk
Projek pemasangan longkang konkrit yang tidak mengikut spesifikasi pembinaan di sebatang jalan di Kampung Atas Tol, Marang dikhuatiri mengundang bahaya kepada penduduk kawasan berkenaan.
Prasarana yang dicadangkan oleh MPKK Tanah Lot Atas Tol itu diluluskan oleh Pejabat Daerah Marang untuk pembinaan bagi menyelesaikan masalah perparitan di kawasan tersebut.
Hasil penelitian yang dibuat melalui foto dan video yang tular baru-baru ini, jenis dan kaedah kerja pemasangan longkang jenis 'V-Shape Block Drain' itu tiduk mengikut spesifikasi amalan kejuruteraan.
Kedudukan longkang yang sudah siap dipasang itu membahayakan penunggang motosikal dan basikal khususnya kanak-kanak.