1. BAYAR DOMAIN...DAPAT SATU WEBSITE..BAYAR SEWA TAHUNAN...
2. BAGAIMANA MENJANA DUIT...MUDAH SAHAJA .JIKA BERITA ANDA BAIK..RAMAI PENGUNJUNG ANDA AKAN DI BAYAR OLEH ADD SENSE. SEKIRANYA 100K SEHARI , ANDA AKAN DIBAYAR SEKITAR 100 USD..ITU SEHARI..KALAU SEBULAN...ANDA KIRA SENDIRI.
3. WARTAWAN...BOLEH SAHAJA ANDA MENCARI DI MANA MANA ATAU ANDA PILIH SEPERTI MALAYSIA NOW INI IKLAN DAN ANDA SEKEJAP SAHAJA MENDAPAT MODAL.
4. PARTI YANG NAK JADI PEMERINTAH MESTILAH MEMERLUKAN STATUS BAIK DALAM BIDANG BERITA, MENGUASAI MEDIA..TAPI KALAU BERITA CIPUT, GAJI PUN MAMPOS NAK BAYAR..MACAMANA NAK JADI PEMERINTAH? HENTIKAN LAH..
5. USAHA.. AKU TAK HAIRAN PUN MALAYSIA NOW NI BOLEH MAJUKAN BERITA MEREKA..KERANA
ISHAMUDDIN RAIS...
BLACK SEJAK DULU MENULIS DI MALAYSIAN INSIGHT MALAH BLOG
LAIN LAIN LAIN...AHHH...LUBUK NAK BUAT DUIT BUKAN SUSAH KALAU BIJAK DENGAN PORTAL MEDIA....
6. TAKKAN LAH SKALA BESAR SEBEGINI PENGUNJUNG 100K...KALAU 500K...500 USD? BAYAR GAJI PEKERJA LEBIH DARI BOLEH....
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan dari mana punca kewangan portal MalaysiaNow yang amat kaya raya sehingga mampu bermula beroperasi di tengah-tengah krisis COVID-19.
Katanya, pada ketika ini media-media lain yang sedia ada sedang tenat.
“Ramai yang masih ingin tahu siapa funder MalaysiaNow yang kaya-raya sehingga portal ini mampu pacak billboard-billboard gergasi di merata tempat di Lembah Klang,” katanya.
Beliau berkata demikian merujuk kepada satu artikel di MalaysiaNow yang tiba-tiba mengeluarkan ‘berita dari sumber dalaman” bahawa Muafakat Nasional di ambang keretakan.
“Pagi ini, media MalaysiaNow yang amat kaya dengan duit entah dari mana sehingga mampu bermula operasi di tengah-tengah krisis Covid pada ketika media-media lain sedang tenat, tiba-tiba keluarkan “berita dari sumber dalaman” bahawa Muafakat Nasional di ambang keretakan,” tulis beliau di Facebooknya.
Menurut Najib, ‘boss’ media ini yang juga ketua pengarang adalah adik kepada Latheefa Beebi Koya.
“Latheefa pula merupakan penyokong tegar Menteri Kanan paling Kanan sejak dulu-dulu lagi.
“Pengarang portal pula merupakan setiausaha akhbar kepada Mat Sabu,” katanya.