PENJUAL AGAMA MOKHTAR ANAK SENIK MAHU BERLEPAS DIRI?


Image may contain: 1 person, text that says "Mokhtar Dup 13 Nov jam 5:13 PTG walaupun saya parti PAS dan PAS itu sebahagian dari kerajaan PN. Namun apa jua bentuk maksiat yg kerajaan anjur atau benarkan saya berlepas diri darinya dan menentang perlaksanaannya. Namun jika mengundi saya tetap undi PN berbading PH. Kerana PH lebih besar kemudharatannya. harap maklum. UMS Kuala Triang Pahag. 13. Nov.2020"

Mokhtar Senik kata, walaupun dia sokong kerajaan PN, tetapi sebarang kemaksiatan kerajaan PN dia berlepas diri. Ini standard lebai berhukum? Bukankah dulu baca ayat "Dan jangan kamu bersekongkol dengan kezaliman, kelak di bakar api neraka" dan bawa kisah raja zalim yang jubahnya tidak mahu dijahit oleh mana-mana tukang jahit kerana tidak mahu bersekongkol dengan kezaliman. Mana semua ayat dan kisah ini? Boleh pulak berlepas diri begitu saja? Kamu pilih dia jadi bini kamu, kemudian kamu kata segala maksiat yang bini kamu buat, kamu berlepas diri?

Wahai lebai mokhtar anak senik. Puak-puak kamu telah lakukan dua dosa besar, tau tak?

Pertama, bersekingkol dengan pengkhianat dan pembelot merampas mandat rakyat untuk dapatkan kuasa.

Kedua, tidak berani menegur, hanya sekadar berkata berlepas diri. Kalau begitu baik tak payah jadi ustaz. Penakut nak nyatakan yang hak.

Cukup-cukuplah jual agama, wahai lebai.

 

WFAUZDIN NS