'Parlimen tempat bahas, bukan nak dengar kuliah menteri' - Anwar


Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim membantah peraturan tempoh masa ucapan penggulungan menteri yang ditetapkan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan menyifatkannya bukan cara parlimen berfungsi. Pagi ini, Azizan mengumumkan bahawa setiap menteri mempunyai masa 20 minit untuk menjawab soalan yang diajukan kepada kementerian masing-masing. Beberapa anggota parlimen pembangkang menyahut gesaan Anwar dan mendesak Azizan untuk mempertimbangkan kembali peraturan tersebut termasuk sekatan hanya 80 ahli parlimen dibenarkan terlibat dalam sesi perbahasan. Azizan mengatakan bahawa beliau sekali lagi akan memanggil pertemuan dengan semua pihak atau ketua parti untuk membincangkan perkara itu. Beliau juga mempersoalkan mengapa permintaan ini tidak disampaikan kepadanya sebelum sesi hari ini.

No comments: