( BERGAMBAR ) ANWAR TERIMA KUNJUNGAN DUTA BRAZIL DAN JUGA PESURUHJAYA TINGGI AUSTRALIA

 

Menerima kunjungan hormat TYT Ary 

Norton De Murat Quintella, Duta Besar Brazil ke Malaysia hari ini.

Kami membincangkan pelbagai perkara terkait hubungan Malaysia dan Brazil.

Kami juga sempat bertukar idea dan pandangan mengenai beberapa perihal melibatkan kedua-dua negara.



Saya terima tali leher ini sebagai pemberian daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia Andrew Goledzinowski semalam.

Corak di tali leher ini yang direka oleh artis Orang Asal Australia Maureen Hudson Nampajimpa menceritakan asal usul tempat kelahiran mereka, dan upacara purba yang menjadi tradisi berkurun lamanya.

Saya ucap terima kasih kepada Andrew atas pemberian yang cukup bermakna ini.


No comments: