BOSS PERLU TEGUR


 Manusia ini tidak sempurna. Akan ada saja kekhilafan yang dilakukan. Misalnya setpol Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador pun ada buat silap yang mungkin didorong oleh emosi beliau yang tidak terkawal. Selepas dikritik netizen kita tidak nampak lagi beliau mengulangi perkara tersebut. Sebagai bos, Anwar Ibrahim juga mungkin ada menasihati beliau. 


Ada banyak lagi contoh pemimpin-pemimpin PKR yang agak keras emosinya seperti Rafizi Ramli, YB Abdullah Sani dan beberapa lagi yang dilihat keras dalam menzahirkan emosi mereka ketika mempertahankan Anwar sebagai bos mereka atau menyerang pihak yang menyerang Anwar dan PKR itu sendiri. 


Tapi kita lihat mereka tidak lakukannya secara berterusan. Apatah lagi jika tindakan mereka mendapat kritikan dan kecaman rakyat khususnya netizen. Aku tidak ada bukti tapi aku yakin pimpinan tertinggi atau bos mereka mungkin campurtangan menasihati dan menegur mereka kalau pun tidak diberikan arahan untuk menghentikan tindakan keras tersebut.


MALANGNYA kita tidak melihat perkara tersebut dalam parti AMANAH yang bertunjangkan gagasan RAHMATAN LIL AALAMINN iaitu satu konsep yang dicerap daripada Al-Quran.


Kita tidak pelik kalau perkara itu dilakukan oleh orang yang tak berparti atau paling tidak pun ahli parti biasa. Ironinya perbuatan menyerang Anwar Ibrahim dan PKR secara berterusan itu dilakukan oleh mereka yang berjawatan dalam parti dan orang-orang yang dikenali mempunyai hubungan rapat atau perkaitan dengan pemimpin-pemimpin tertentu yang membarisi saf kepimpinan tertinggi parti.


Apakah mata pemimpin AMANAH sudah buta sebab selepas menjadi menteri pasca PRU14 lalu ada yang tak lekang memakai cermin mata hitam atau mereka sebenarnya gagal mengawal tingkahlaku ahli mereka?


Atau dengan andaian dan persepsi yang lebih buruk lagi ialah apakah kerja buat serangan tersebut dilakukan dengan arahan atau restu pemimpin tertinggi tertentu demi agenda kepentingan politik mereka?


Nazaruddin Mohamad

17-11-2020, 2:45pm.



No comments: