Kenapa duit rakyat digunakan untuk ‘bail-out’ syarikat hartanah milik billionaire Cina? SIRI 1

 


AZAM KUU ADILL


Rakyat dikejutkan lagi apabila UEM Group, yang merupakan anak syarikat Khazanah Nasional Berhad, mencadangkan anak syarikatnya, UEM Sunrise Bhd untuk bergabung dengan Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) milik Tan Sri Liew Kee Sin dan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Syarikat kerajaan Malaysia Airlines ramai pekerja Melayu dibiarkan tenggelam, syarikat hartanah individu milik billionaire dibantu. Kegilaan apakah ini?

 

Disini kami akan memberi 15 dalil mengapa ini satu benda khianat yang di buat oleh Kerajaan 'Abah' dan Khazanah, dan hanya menguntungkan billionaire. Kerajaan membantu billionaire menggunakan duit rakyat, dan bukannya kerajaan ataupun billionaire membantu rakyat.

Fakta 1: Rakyat hilang pegangan majoriti dalam UEM Surise Bhd. Ketika ini, Khazanah mempunyai pegangan 66%, Urusharta Jamaah (iaitu Tabung Haji) ada 7%, dan EPF hampir 5%. Ini bermakna rakyat ada 78% daripada syarikat UEM Sunrise ini. Tetapi, dengan penggabungan ini, Khazanah hanya akan ada 43%, jatuh banyak. Maksudnya Khazanah hilang kontrol. Tabung Haji punya pegangan juga akan turun kepada 4% daripada 7%. Rakyat, terutamanya melayu Islam, hilang kuasa dan wang. Di tipu lagi.

 

Fakta 2: Yang manfaat dan akan menjadi ketua gabungan ini adalah tauke EcoWorld Tan Sri Liew dan kuncu-kuncunya. Pegangan tauke EcoWorld dan kuncu2nya akan naik dari 0% kepada 24%, iaitu pemegang saham kedua terbesar dalam syarikat gabungan milik kerajaan itu kelak. Mereka juga akan control syarikat ini.

 

Fakta 3: Ini pelaburan Khazanah yang bodoh kerana EcoWorld menghadapi masalah teruk dan mempunyai hutang lebih RM3 bilion. Mereka jua tertekan, laporan menunjukan mereka hanya wang tunai lebih kurang RM30 juta. Untuk sebuah syarikat pembinaan, aliran tunai mereka boleh dikira barai. Jadi, kenapa Khazanah mahu bantu syarikat tenat ini? Saham Ecoworld teruk sekali, jatuh 70% dalam tempoh lima tahun. Sekarang, harga saham dia hanya 0.40 sahaja. UEM Sunrise punya performance pun lebih baik daripada EcoWorld. Kalau mahu gabung, kenapa tidak dengan Sime Property milik PNB? Kenapa mahu bail-out syarikat milik billionaire? Bukankah lebih baik tolong syarikat dimiliki rakyat seperti Sime Property?



No comments: