Fakta 4: Mengapa Khazanah mahu labur dalam pasaran hartanah
apabila semua orang tahu pasaran hartanah merundum. Rumah harga tak masuk akal
Ecoworld tak dapat dijual. Kenapa Khazanah mahu tolong taikun billionaire?
Kenapa tergesa gesa ? Mandat Khazanah adalah untuk membuat pelaburan strategik
untuk negara? Adakah labur dalam pasarana hartanah yang tenat itu strategik?
Adakah rakyat akan untung? Jawapannya tidak!
Fakta 5: Pelan ini telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Khazanah
yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri a.k.a ‘Abah’ pada bulan lepas. Yang
menariknya, tok dalang kepada perjanjian ini adalah Shahril Redza, Pengarah
Urusan Khazanah yang juga merupakan ahli lembaga pemegang amanah UMNO. Ahli
Lembaga pengarah Khazanah lain yang meluluskan ‘bail-out’ ini adalah Azmin Ali,
dan Menteri Kewangan ‘PakSu berbasikal’ Tengku Zafrul. Ahli Lembaga Khazanah
yang lain adalah Dato Azlan Hashim (beliau juga adalah ahli panel pelaburan di
Kumpulan Wang Amanah Pencen yang memberi RM4bil kepada Najib. Habis RM4bil
dicuri. Dato Azlan masih joli sana sini tanpa segan silu)
Fakta 6: Pegawai pengurusan tertinggi Khazanah, rata-rata Melayu
yang gaji tidak masuk akal (ya, dikatakan gaji Shahril dan timbalan beliau
Tengku Azmil yang membuatkan MAS lingkup, melepasi RM140,000 SEBULAN) juga
tidak menentang cadangan merepek ini. Ini dia nama pegawai tertinggi di
Khazanah:
1) Datuk Shahril Ridza Ridzuan- Pengarah Urusan
2) Tengku Dato' Sri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz – Ketua
Pelaburan
3) Dato' Mohamed Nasri Sallehuddin- Executive Director. Legal
4) Datuk Hisham Hamdan, Executive Director, Public Markets
5) Faridah Bakar Ali- Executive Director, Chief Financial
Officer
6) Suhana Dewi Selamat - Head, Governance, Risk & Compliance
7) Latifah Daud Executive Director, Strategic Human Capital
Management
8) Mohd Izani Ashari, Executive Director, Special Projects
Office
9) Amran Hafiz Affifudin, Executive Director, Power
10) Bryan Lim, Executive Director Private Markets (North Asia)
11) Serena Tan Mei Shwen, Executive Director Private Markets
(Southeast Asia)
12) Nik Rizal Kamil, Executive Director Private Markets (North
America, EMEA & India)
13) Dr Farid Mohamed Sani, Head, Telecommunications
14) Selvendran Katheerayson, Head, Real Assets
15) Wong Shu Hsien, Head, Infrastructure
16) Shahin Farouque Jammal Ahmad, Head, Airlines and Leisure
& Tourism
17) Nik Sharifidin Nik Mohamed Din, Head, Strategy
18) Mohd Raslan Md Sharif, Head, Corporate Communications
19) Nicholas Khaw, Head, Research
Fakta 7: Lembaga Pengarah UEM Sunrise juga dua kali lima.
Mengapa mereka tidak melawan? Jawapanya mudah, mereka ini ikut cakap Khazanah.
Pak turut.
1) Tengku Dato' Sri Azmil Zahruddin – Pengerusi (juga Pengarah
di Khazanah)
2) Dato' Mohd Izani Ghani – Pengarah Urusan dan Bekas Pengarah
di Khazanah
3) Dato' Mohamed Nasri Sallehuddin , Pengarah (juga Pengarah di
Khazanah)
4) Wong Shu Hsien- Dire Pengarah (juga Pengarah di Khazanah)
Fakta 8: Cadangan ini ditolak oleh Kerajaan PH. Ketika zaman PH,
Shahril, Tan Sri Liew dan Tan Sri Syed Mokhtar cuba untuk melakukan benda yang
sama, tetapi ditolak bulat-bulat oleh Kerajaan PH. Azmin Ali ketika itu juga
membantah cadangan ini ketika dibentangkan pada tahun lalu. Tapi macam biasa,
beliau berubah fikiran dan sekarang ini menyokong penuh usaha ’bail out’
EcoWorld ni. Jangan lupa hubungan Abah dengan Tan Sri Syed Mokhtar ketika Abah
menjadi MB Johor.