GERAK98 KEDAH BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS YOUTUBER JUFAZLI

 

Telah diviralkan satu klip video melalui saluran Youtube Jufazli di mana Jufazli telah membuat tuduhan jahat dan melampau terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim sehingga melibatkan nama baik Istana.

Tuduhan yang menyatakan Dato Seri Anwar telah dibayar oleh IMF untuk menghancurkan kuasa Agong menggambarkan bahawa institusi raja terutamanya Yang Di Pertuan Agong boleh digugat dengan mudah. Ini satu gambaran yang amat jahat terhadap keutuhan raja beperlembagaan dan boleh mendatangkan sangkaan buruk ke atas institusi ini.

Sehubungan itu, GERAK98 Negeri Kedah yang diketuai oleh Pengerusinya Datuk Zuraidi Rahim telah membuat laporan polis agar siasatan dapat dibuat segera ke atas kenyataan merbahaya Jufazli ini dan tindakan tegas perlu diambil terhadap beliau sekiranya terbukti beliau melakukan fitnah terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kami yakin, perbuatan jahat Jufazli ini adalah bertujuan untuk mencemarkan imej Dato Seri Anwar Ibrahim yang semakin mendapat sokongan untuk menerajui negara ini di dalam masa terdekat.

Tahniah kepada GERAK98 Kedah yang tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar petang tadi. Saya yakin, semakin banyak laporan polis akan dibuat di dalam masa terdekat ini.

WFAUZDIN NS

Link Youtube - https://youtu.be/BAgpkM6mAZ0


 

No comments: