Kekal PN kurang cerdik, ekonomi merudum, kes Covid-19 meningkat.

 

Kekal PN kurang cerdik, ekonomi merudum, kes Covid-19 meningkat

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Abdul Samad menegaskan tindakan mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang kurang cerdik dan tidak cekap akan membebankan lagi negara.

Ahli Parlimen Shah Alam berkenaan berkata, PN bertindak mengikut kepentingan politik termasuk mencadangkan pengisytiharan darurat.

“Cadangan pengistiharan darurat membuktikan PN tidak cerdik dan ingin berpolitik. Akhirnya ekonomi negara semakin merudum, kes Covid-19 tetap meningkat,” katanya menerusi Twitter.

Menurutnya, kegagalan kerajaan PN untuk mentadbir dengan baik adalah punca berlakunya gelombang ketiga Covid-19.

“Buktinya, PRN Sabah diadakan cepat, tanpa persediaan dan SOP yang lengkap. Arahan, ‘yang balik selepas 27 September sahaja perlu kuarantin’ dan sebagainya.

“Sekarang PN cadang diisytihar darurat?” ujar bekas Menteri Wilayah Persekutuan tersebut.

Sehubungan itu, Khalid menegaskan Sabah adalah bukti kegagalan kerajaan PN yang tidak cekap dan sentiasa mengutamakan kepentingan politik.

“Bukan darurat yang diperlukan. Yang diperlukan adalah sebuah kerajaan yang cekap dari sudut arahan dan kawalan, khususnya di kawasan-kawasan bermasalah seperti Sabah,” katanya.



No comments: