FAKTA ATAU AUTA?

 FAEZUDIN PUAD

Image may contain: text that says "Dari mana datang istilah darurat pentadbiran? BERKURUNG BUKAN PERINTAH ATAU DARURAT PEMERINTAHAN TENTERA PENTADBIRAN Aktiviti rak rakyat berlangsung seperti biasa PARLIMEN DIGANTUNG Usaha memerangi Covid-19 dapat dijalankan tanpa gangguan ahli politik yang gila kuasa. TIADA PILIHAN RAYA SEPANJANG TEMPOH DARURAT Mengambil iktibar PRN Sabah"


FAKTA ATAU AUTA 1: BUKAN PERINTAH BERKURUNG ATAU PEMERINTAHAN TENTERA

1. Kebanyakan negara seperti Jepun dan Perancis apabila isytihar darurat bermakna mereka laksanakan bersama perintah berkurung atau sekatan pergerakan kerana ini la perkara asas untuk kawal penularan Covid-19.

2. Apabila tidak berlaku aktiviti sosial, tidak bersentuhan, tidak berkumpul maka risiko jangkitan akan berkurangan secara mendadak.

3. Kalau aktiviti kehidupan rakyat boleh berjalan seperti biasa, boleh keluar berkerja, boleh pergi makan di kedai mamak, boleh pergi belanja di pusat beli belah, boleh main bola sepak, UNTUK APA LAKSANAKAN DARURAT? Kerana akhirnya rakyat masih terdedah kepada jangkitan.

AUTA 2: TIADA PILIHANRAYA SEPANJANG DARURAT

1. Penyokong kerajaan tunjuk contoh negara yang laksanakan darurat tetapi ada atau tidak mereka tunjuk contoh negara yang adakan Pilihanraya Umum ketika negara berdepan wabak Covid-19? Tidak.

2. Singapura adakan PRU pada 10 Julai 2020. Kes positif Covid-19 di Singapura waktu itu melebihi 40,000.

3. Hari ini Singapura telah berjaya kawal dan turunkan kes positif, setakat 24 Oktober 2020 kes harian cuma mencatatkan 11 import dan 3 tempatan. Daripada 4 angka turun kepada 2 angka.

4. Mengapa kita tidak belajar daripada Singapura bagaimana mereka menguruskan pilihanraya ketika berhadapan Covid-19?

5. Mengapa pilih jalan isytihar darurat pentabiran?

AUTA 3: PARLIMEN DIGANTUNG SEBAB MAHU SEKAT PEMIMPIN GILA KUASA

1. Sekiranya semua sektor ekonomi tidak ditutup dan berjalan seperti biasa, APA KEPERLUAN GANTUNG PARLIMEN? Adakah virus Covid-19 hanya berjangkit di sekitar Parlimen atau ahli-ahli parlimen saja?

2. Bimbang BAJET/BELANJAWAN 2021 ditolak dalam parlimen? Takut kalah usul undi tak percaya? Sekiranya ditolak dan kerajaan PN tewas dalam undian tersebut, maka Muhyiddin perlu letak jawatan.

3. Jika Muhyiddin gentleman dan fikirkan rakyat, pasti beliau akan tolak cadangan bubar parlimen sebaliknya serah jawatan kepada Perdana Menteri baharu.

4. Kemudian Perdana Menteri yang baharu akan bentang semula bajet dan pohon diluluskan dalam parlimen. Bukan bererti bajet tersebut akan tergantung sampai bila-bila.

5. Sebagai contoh Perdana Menteri Republik Czech, Jiri Rusnok meletakkan jawatan selepas kalah dalam undi tidak percaya di parlimen pada Ogos 2013.

6. Ini satu proses normal dalam negara yang amalkan sistem demokrasi. AHLI POLITIK/PEMIMPIN YANG GILA KUASA ADALAH MEREKA YANG TELAH HILANG MAJORITI TETAPI MASIH MAHU MENJADI PERDANA MENTERI.

SILA BERHENTI BODOHKAN RAKYAT.

Sekian, Wallahualam.

 

No comments: