W.FAUDZIN
Orang yang kencing atas
kepala Mahafiraun sanggup jumpa Mahafiraun untuk mintak nyawa. Mahafiraun pun
tak kisah kepalanya kena kencing, asalkan Anwar tak jadi PM.
Mencuri hak dan mandat rakyat itu haram. Menuntut dan
berusaha mengembalikan mandat rakyat itu wajib. Allah tuntut kita berusaha,
berjaya atau tidak, itu urusan Allah. Kalau kita berjaya, kita dapat dua iaitu
pahala dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Kalau kita gagal, kita dapat satu
iaitu pahala. Bagi puak pengkhianat, jika mereka berjaya atau gagal, mereka
tetap menanggung dosa.
Kesihan Anuar Musa.
Cepat sangat melatah. Anwar baru nak jumpa Agong, bukan angkat sumpah lagi.
Relaks la bro.
Minta Anwar dedahkan
senarai? Waktu Muhyidin persembah nama kepada Agong waktu merampas mandat rakyat
dulu, adakah Muhyidin dedahkan nama? Itu pun diragui siapa yang sokong Muhyidin
kerana waktu itu 5 ke 6 orang MP Bersatu nyatakan sokongan pada Mahathir,
sedangkan Muhyidin beritahu semua MP Bersatu sokong beliau. Tapi kita orang
tidak kisah pun walaupun SD yang ada pada PH waktu itu ada 14. Muhyidin kata
dia pun ada 14 MP termasuk kumpulan Mahathir kononnya menyokong beliau. Siapa
tipu siapa?
So, Anuar Musa jangan
panik. Umno pun dah tidak percaya kepada kamu kerana kuat sangat membodek
Muhyidin.Makan ubat.....