DENGAQ KATA

BOB KELANANG

Image may contain: 4 people, people standing


Dengaq kata yang DAP hanya bagi sokongan tapi tak menyertai kabinet... kalu gitu ada lagikah suara sasau nak ratib kerajaan DAP? Kabinet tanpa DAP! DAP dah sedia berkorban demi negara lebih cemerlang!

Kononya ada dua MP dari parti agama bulan tak purnama akan lompat dan menyokong kerajaan baru, pihak ibu pejabat parti itu yang beralamat di Jalan Raja Sungai telah mengeluarkan amaran keras. Sesiapa yang melompat, hukumnya kapiaq dan kalu mati, tidak lagi sekadar ditanam di jirat, sebaliknya akan dibakaq. "Terbakaq dihutan nampak apinya, terbakaq dihati tak sapapun yang tahu..."

KOH KOH KOH…

Ramai orang khuatir Anwar dah berjinak-jinak dengan UMNO dan silap haribulan dia pulak ditelan oleh geng penyangak dalam parti penyamun itu. Walau bagaimana pun soal baik atau buruk UMNO tak payah cakap kat Anwar. Dia lebih kenai UMNO dari orang UMNO sendiri...

 

LANDSKAP POLITIK NEGARA PASCA 1310…

Hantu-hantu mengarang senarai palsu mengenai siapa sokong Anwar dan edarkan di medsos.

Walaun pun ramai percaya tapi MP yang sertai semua diam membisu. Atuk mati kutu. Pok lebai bengang nak sokong 'side' mana. Dan pok lebai pun tertanya-tanya siapa di kalangan pok lebai yang sign SD sokong Anwar. Boleh jadi senarai itu palsu atau wakil rakyat Umno itu main wayang. Depan kata palsu tapi diam-diam setuju sebab habuan menunggu.

Semua jadi celaru DAN buntu kerana Anwar buat kerja dalam diam-diam, tiba-tiba terus umumkan semasa kempen di PRN Sabah. "Saya dah ada cukup majoriti untuk bentuk kembali kerajaan PH bersama sokongan MP lain" kata Anwar. Yang mula-mula meloncat ialah Atuk95. Agaknya beliau itu kalau tengah nak nazak pun boleh meloncat bila terdengar Anwar nak jadi Menteri Perdana!

UMNO

UMNO dijangka akan berpecah kepada 3 kumpulan. Satu yang ikut DSAI secara terang-terang… satu lagi kumpulan lalang yang mengambil sikap 'tunggu dan lihat' perkembangan dan satu kumpulan lagi kekal dengan BN yang asal bersama MCA dan MIC.

#Bersatu : Bersatu dijangka akan berpecah kepada 2 kumpulan. Satu akan kekal setia dengan Muhyiddin DAN satu kumpulan lagi, terutama majoriti kumpulan yang melompat dari UMNO pasca PRU14 akan menjadi lalang. Kumpulan ini secara senyap-senyap akan menyokong kerajaan PH 2.0 dari belakang.

#PAS : PAS seperti dijangka... akan kekal BANGANG sampai kiamat. - Muhammad Yahaya

KOH KOH KOH… jilaker!!





No comments: