Dakwah Anwar dan para ulama**


Neo Melayu


Mungkin generasi muda Melayu-Islam kurang sedar jasa Anwar Ibrahim pada pentas dakwah Malaysia. Ada penyokong taksub PAS tanpa segan silu menuduh macam-macam kepada Anwar kononnya mempergadai Islam dan Melayu. Padahal pada saat PAS sedang berdakwah dengan cara keras, Anwar Ibrahim di awal usianya lagi sudah mempersiapkan landasan dakwah untuk memperkasa jati diri melayu.


Selain prestasi beliau mempertahankan raja-raja melayu, dan bahasa kebangsaan. Terselit jiwa dakwah dalam beliau sejak muda.


Antara tokoh yang begitu rapat dengan Anwar adalah Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Niamat Yusuf. Mereka tiga sekawan. Ustaz Niamat Yusuf merupakan tokoh maal hijrah negeri Kedah. Beliau lepasan Al-azhar dan pengasas Pondok Derang, Kedah. Ustaz Niamat merupakan ulama dan seniman. Beliau juga dikenali dengan nama pena An-Niamaty. Di awal pengenalan Ustaz Niamat amat kagum dengan Anwar , beliau  tidak sangka seorang anak muda semasa itu sudah membaca karya-karya pemikir islam besar seperti Muhammad Iqbal , Al Banna, Qaradhawi dan lain-lain. Menurut Ustaz Niamat , Anwar lah tulang belakang dakwah ABIM sehingga banyak memberi kesan pada jati diri orang melayu khususnya soal keislaman seperti bertudung, memperluas program - program agama di dewan umum. Dulu kurang orang pakai tudung, hatta di sekolah perempuan masih memakai skirt, hasil dakwah dan aktivism Anwar kerajaan memulakan polisi memakai kain dan tudung di sekolah. 


Dulu amat jarang program keagamaan di television , dengan adanya Anwar sejak menjadi aktivis sehingga masuk politik , kita hari ini bukan sahaja ada program keagamaan di TV malahan ada siaran khas berunsur Islamik di TV. Menurut Ustaz Niamat lagi , Anwar antara peribadi yang pertama mengusulkan perbankkan tanpa riba atau islamic banking pada kerajaan sehingga lama ke lamaan hari ini kita mempunyai sistem perbankkan islan yang lengkap. 


Anwar masuk UMNO dengan niat reformasi dan mengislahkan dan memperbaiki UMNO. Apabila beliau dipecat , Anwar dipenjara dan tertubuhnya parti Keadilan. Parti ini mendapat restu dari Ustaz Niamat, dan Ustaz Fadzil Noor. Bahkan yang menariknya Parti PKR itu sendiri adalah idea Fadzil Noor dikala Anwar sebenarnya ingin menyertai PAS.  Ustaz Niamat kekal berdakwah dalam ABIM, dan Ustaz Fadzil Noor dalam PAS. Tujuan Ustaz Fadzil berjuang dalam PAS untuk mengurangkan suara ekstrim dalam PAS. Kedua tokoh ini kemudiannya meninggal semasa Anwar masih dalam penjara. Apabila Anwar dilepaskan , beliau segera mengziarahi maqam kedua ulama Kedah ini di Pokok Sena. 


Selain dua tokoh ini, Ustaz Dato Ishak Baharom mantan mufti Delangor juga merupakan ulama yang menyokong Anwar . Dato’ Ishak Baharom hadir dalam perjumpaan menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) yang menjadi asas gerakan reformasi. 


Mantan Menteri Besar Kelantan juga Almarhum TG Nik Aziz antara tokoh ulama yang setia pada Anwar hingga hujung hayat. TG Nik Aziz menganggap Anwarlah yang paling layak menjadi PM kerana beliau seorang yang bijak mengurus negara semasa menyandang jawatan menteri kabinet satu ketika dahulu. 


Begitulah Anwar yang cuba digambarkan ancaman pada Melayu-Islam sebenarnya orang yang bertanggungjawab membina institusi Islam di Malaysia. Politik Anwar merupakan politik untuk rakyat. Dan langkahnya semata-mata melakukan islah/ reformasi untuk rakyat, bukan sekadar kata-kata tapi sudah dibuktikan. Kini Anwar terus maju untuk membuktikan perjuangannya lagi dan lagi.