Apabila Mahathir kata beliau dan pejuang tidak sokong Anwar kerana Anwar awal-awal lagi tolak beliau dan pejuang, itu satu bukti nyata Mahathur dah nyanyuk. Hakikatnya, Anwar tak pernah berkata sedemikian. Cuba ikuti kembali PC Anwar sewaktu mengumumkan kerajaan Muhyidin telah hilang sokongan, ada atau tidak Anwar sentuh nama orang tua itu?
Sebaliknya, Mahathir yg kata secara jelas, bahawa partinya hanya bekerjasama dgn Amanah dan Dap sahaja kerana Keadilan tidak sokong beliau jadi PM lagi. Sikap tamak, ego, penipu dan sombong ini lah menjadikan Mahathir langsung tidak layak untuk diajak bekerjasama di dalam sebarang tindakan yang PH rancang.
Suka diingatkan, kerajaan dari mana-mana parti sekalipun yang seret Mahathir bersama mereka, pasti akan rosak binasa. Orang tua ini kalau boleh di dalam kubur nanti, malaikat pun dia akan tentukan berada bawah telunjuknya. Cukuplah sekali kita memaafkan beliau. Cukuplah, tidak perlu kita diperbodohkan oleh orang tua yang memusnahkan PH ini.
WFAUZDIN NS