Bagi saya kita kena bagi benefit of the doubt untuk Anwar; bagi
dia berjumpa YDPA dulu dan present numbers. Kalau strong, convincing and
formidable kita akan sokong. Kalau dia pun alpa kita akan lawan. Mark my words,
saya bukan jenis SSST yang bagi sertu tak ada ilmu. Kalau ikut previous
pattern, 20 tahun tak pernah ada kes rasuah atau kayakan anak beranak, why
anwar should start be corrupt now at the peak of his political career? Tabayyun
bukan tibaiyun macam SSST. Sebab itu dia sendiri dah tercyduk tak berani nak up
post politik sebab apa yang dia jamin semuanya tak menjadi, apa yang dia sertu
semua jadi racun.
Tak ada angin tak ada ribut, bila Anwar kata dapat sokongan
terus Tun kata tak nak masuk bertanding. Padahal baru 2 bulan lepas kata nak
masuk bertanding sebab itu tubuh pejuang. Tapi kalau bertanding PRU15 pada umur
95tahun yang mana penggal parlimen adalah 5 tahun, jadi nak jadi MP @ Calon PM
ke 3 pada umur 100 tahun; that is "interesting". Orang yang analitik
macam saya tengok benda pelik ini satu kejanggalan.
Betul pun apa yang Husam kata untuk move forward PH, kena bagi
firm, kuat kan balik saf PH, jelaskan kerusi mana nak bertanding, ambil semula
kerusi bersatu (tolak pejuang & muda), dan tinggalkan Tun. Yang nak undi
nanti 90% bukan ahli parti; sebab itu kita kena istiqmah perjuang hak semua
rakyat semua kaum. Yang lagi 10% ahli parti tu; cuma nak tanya balik, mana dia
argument dulu kata parti dia sendiri pun tunggang langgang? Sekali Allah
tunjuk, dengan dia sendiri kena halau dari parti yang dia tubuh; itupun masih
lagi sombong. lepas gagal dengan UMNO, Bersatu dan kini dengan pejuang? Apa
beza UMNO dan bersatu? Dua2 penipu penuh fake degree dan Pejuang would repeat
the same pattern.
Teringat dulu Dr Mazlee sampai siap quote kata ATGNA pasal galah
sejengkal punya nak suruh Anwar sokong Tun jadi PM kali ke 3. Nasib baik Anwar
tolak, kalau tak terlepas kita tengok best cinematography of the year. Lagipun
it is better to sleep with the enemy than with a cheating spouse; kan?
Saya bagi tips nak ukur sentimen pengundi secara am. Tengok
kalau Tun kata apa2 dalam FB dia ke, dalam tabloid ke ramai yang gelakkan
dengan emoji dan komen2 yang sinis. Yang komen itu banyak dari penyokong kedua
PN dan PH (ori) suruh dia bersara. Lagilah bila dia sebut nak lawan Najib dan
kes 1MDB. Orang ramai gelak sebab dalam masa 22 bulan dia sendiri ada tutup kes
penerima wang 1MBD sebab masuk Bersatu. Ini yang husam kata kehilangan
"Trust Deficit"; ceritalah apa sahaja, tak ada orang percaya dah.
Memang tulisan ini bukan music to some people ears especially
Geng dalam Amanah yang nak main 2 kolam termasuk la luar Amanah, si lawyer 7
undi yang tak habis-habis dengan naratif Hamzah dia. Ingat dulu hangpa kritik
PAS main dua kolam masa muktamar, kini hangpa nak buat balik benda sama? Bab
Tun sengaja bagi platform untuk geng tebuk atap dan berlakon letak jawatan, tak
pula mahu komen. As always tak setuju boleh bagi argument di bawah, sedangkan
fake akaun midi karim pun saya tak block inikan orang yang berbeza pendapat.
Nak unfriend pun tak ada masalah; it's your loss not mine; kiranya taksub hangpa
tak ada beza dengan walaun PAS bila saya kata PAS hendak bersama dengan UMNO
tahun 2015.
I still have respect for Tun sebagai bekas perdana menteri. But
I have to call a spade a spade. Kita perlu move on dari politik berdasarkan
bangsa dan perkauman untuk jadi satu "baldatun thayyibatun wa robbun
ghofur"
Ingat; the moment Anwar angkat sumpah jadi PM adalah beginning
of the end for Bersatu/Pejuang dan Muda. One way another, its the end for them
anyhow.
Bezanya yang scenario A; Anwar jadi PM dan scenario B; BN jadi
PM. This is a hard truth yang semua rakyat Malaysia kena telan. It's time for
MY to choose his poison.
Tapi kalau YPDA bubar parlimen, hasbunallah wanikmal wakil
nikmal maula wanikman nasir.
Mohd Mukhlis / Amanah Meru