KENYATAAN ANWAR IBRAHIM BERITA BAIK BUAT NEGARA

 

1. GERAK98 mengikuti kenyataan DSAI beberapa hari lalu bahawa beliau mempunyai cukup jumlah sokongan Ahli2 Parlimen di Dewan Rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan dan pentadbiran baru.

2. Lebih positif dan bermakna buat negara adalah kenyataannya bahawa jumlah majoriti diperolehi pamerkan sokongan besar ,kuat dan menyakinkan.

3. Ini bermakna DSAI akan mampu membina sebuah kerajaan dan pentadbiran baru yang stabil dan mantap.

4. Setiap warganegara dan rakyat Malaysia sewajarnya mendokong dan menyambut baik kenyataan ini kerana pembentukan sebuah kerajaan stabil, yang mentadbir dengan majoriti besar adalah prasyarat penting bagi sebuah negara terutama disaat krisis kesihatan dan ekonomi melanda dunia.

5. Kerajaan Muhyidin gagal membina kerajaan stabil walaupun setelah lebih 7 bulan mentadbir negara. Manakala PM sebelum itu Dr Mahathir meruntuhkan sebuah kerajaan stabil kerana kesumat politik peribadi yg akibatnya Malaysia mengalami krisis politik paling getir sejak merdeka.

6. Makanya kejayaan Anwar mendapat sokongan majoriti besar dan kemampuan membina sebuah kerajaan baru stabil adalah satu titik tolak amat positif buat negara dan wajar diberikan sokongan dan dokongan demi kelangsungan negara dan rakyat.

7. GERAK98 juga alu2kan komitmen dan penegasan DSAI menjadikan usaha banteras rasuah keutamaan pentadbiran baru beliau sesuai semangat Reformasi yang dimulakan oleh Anwar sendiri dalam Deklarasi Permatang Pauh tahun 1998.

Mohamad Ezam Mohd Nor

26 Sept 2020, 9 Safar 1442 H

No comments: