ARTIKEL PANJANG INI PERLU DIBACA DENGAN HATI YANG TERBUKA (SIRI 2)MUDA KACAU DAUN DAN MAHATHIR PECAHKAN PH





Bagi saya Muda tujuan muda ini sama macam geng undi rosak PRU14; hanya mahu jadi king maker@vote spoiler. Pejuang vote spoiler undi Melayu, Muda vote spoiler undi anak muda. Cukup cover both end. Sama pattern undi rosak dulu sememangnya di taja oleh BN untuk halang undi anak muda ke PH ( baca skandal Cambridge Analytica). Bezanya muda ini di taja oleh Tun@Pejuang, macam mana mereka groom@baja kerajaan tebuk atap tahun 2019 dari pengkhianatan Jemin dalam PKR.

Dengan kata Anwar ada masalah moral; parti dia tak stabil, tapi bila tang Azmin dia boleh pula tutup kes moral, kes Heli H20, kes Lebai PAS 90 juta. Allah ini kalau dia nak balas sangka buruk kita, kadang-kadang balasan itu tak kena kat kita tapi boleh kena dekat anak cucu kita. Sebab itu kena beringat bila main tuduh orang lain liberal contohnya. Tapi bila Anwar kata dia ada numbers kenapa Pejuang pula yang melompat lebih dari UMNO?

Kata nak kembalikan mandat rakyat, kan mandat rakyat tulis PM lepas Tun adalah Anwar? Tapi boleh pula hari itu bila Pejuang cadang Tun jadi PM kali ke 3, lepas tu hasut Shafie pula jadi PM, dan minta PH sokong secara cheque buta? Tak pula Pejuang persoal atau tanya sokongan Shafie itu dari siapa? GPS? UMNO? Mereka itu suci sebab ada Perdana Menteri 22 bulan yang tutup kes mereka. Kes GPS di Sarawak, takkan satu pun kes Taib Mahmud tak boleh lekat selama 22 bulan? Yang rosakkan sistem keadilan negara siapa, sampai lantik Tipa Koya (geng kartel) jadi KP SPRM.



Tun sendiri sengaja bagi PH lemah sebab nak bagi kuat Bersatu. Sudah tentu MY jadi boneka sengaja biar kes adib, Icerd, jawi, vernakular, himpunan maruah melayu, biar DAP jadi punching bag sebab itu modus operandi dia nak buat Bersatu ganti UMNO. Siap dah nak haramkan UMNO lagi, tapi yang halang Anwar. Jadi langkah Shereton itu sendiripun Tun tahu dan restu, sebab itu dia berani letak jawatan, sebab dia ingat mereka terpaksa lantik dia jadi PM semula bila tiada pilihan. Rancangan awal dia mmg nak haramkan Bersatu dan suruh UMNO masuk bersatu tapi hanya kalau Zahid dan Najib sudah di penjara. Tapi depa berdua ini liat dan melawan so di sini MY jadi proxy dan boneka Tun.

Ingat dia kata dia tak boleh terima UMNO secara enbloc tapi dia boleh terima kalau mereka sokong secara individu atau masuk Bersatu. Sebab itu yang ada kes berbondong masuk Bersatu. Baca kes Mas dan nama dia ada dalam senarai terima duit 1MDB. Ingat point ini baik-baik. Jadi dengan sebab itu dia minta jadi PM tanpa pembangkang. Nasib baik tak jadi cadangan itu.

Sudah tentu, UMNO sokong MY pun bukan free, mereka pasti harapkan timbal balas jawatan. Dalam UMNO pun ada banyak kem. Kem Anuar Musa dan H20 mmg nak MY jadi PM, tapi kem Zahid dan Najib tak setuju. Jadi plan sebenarnya nak angkat H20 jadi Presiden UMNO supaya dapat jadi puppet Tun, cuma pemilihan UMNO lambat lagi. Orang UMNO marah bila PAS mengkebelakangkan mereka dengan memilih Bersatu. Jadi sebab PAS main dua kolam MN dan PN, UMNO pun buat benda yang sama dengan sokong DSAI.

Tapi yang kelakar bila disuruh PH sokong Shafie jadi calon PM, PH tak boleh persoal dari mana sokongan tersebut. Bila Anwar kata ada sokongan (calon PM dalam perjanjian manifesto yang di kata bukan kitab suci), boleh pula di suruh tunjuk siapa yang bagi sokongan.

Sudah tentu Anwar pun tahu, UMNO ini berbahaya, ada peluang kalau YDPA panggil seorang2 interview, mereka akan tarik balik sokongan pada Anwar dan akan lead pada hung government. Ingat, ini memang ultimate game UMNO, mereka hendak bubar parlimen dalam masa terdekat. Tapi YPDA, kalau baginda fikirkan kebajikan rakyat baginda akan lantik PM baharu daripada bubar parlimen.

Mohd Mukhlis / Amanah Meru

No comments: