Saya tunggu pukul 5 petang untuk post artikel ini sebab hendak menghormati PRN Sabah. Tulisan ini agak panjang, baca dengan hati yang terbuka; insyallah you will see the light at the end of the tunnel.
Lepas PH jatuh dan gagal ambil alih kerajaan, saya pernah kata biarlah PN jadi kerjaan at least sampai hujung tahun, lepas honeymoon over, moratorium habis ( bulan depan dah start bayar), baru rakyat akan tengok yang PM baca doa, bukan PM yang mereka undi dan bukanlah PM yang mereka boleh harap. Saya kata dengan jelas, nak ambil semula kerajaan kena ambil dari kolam yang sama. Kalau dah separuh ikan dalam kolam tersebut dah busuk, awak nak juga ambil nak buat gulai, maknanya awak kena settle for less la. Kena accept yang ada sokongan yang bakal dapat adalah dari kelompok pengkhianat, penyamun ataupun penjual agama. Dalam tulisan saya waktu itu saya kata baik jadi pembangkang bermaruah, fight balik PRU15.
Pastu ada pula yang sindir kata pembangkang bermaruah buat apa
sedangkan itu mandat kita. Jadi kita kena sokong Tun ambil alih balik kerajaan,
syarat dia PH kena sokong. Tapi yang ajaibnya bila Anwar kata ada numbers,
intonasi dan nada mereka berbeza. Eh dulu tak tanya pun rezeki itu mai mana
waktu puak depa yang jadi ketua, bila orang lain lead, boleh pula jadi moral
police mau pertahan integriti.
Semalam juga saya ada tulis yang kalau PRU di adakan sekarang,
UMNO/BN akan menang besar, PH akan jadi runner up, PAS no 3,
Bersatu/Pejuang/Muda akan bungkus. Bagi mana saya boleh kategorikan Muda
sebagai alat untuk memecah undi PH? Lihat dalam gambar-gambar yang saya
sertakan di bawah. Siapa-siapa penaja Parti Muda di persilakan untuk buktikan
sebaliknya; ruang komen saya sentiasa terbuka.
Bagi saya, parti bukanlah di ukur dari umur penggerak mereka
semata-mata. Kita boleh ada ahli politik muda dari segi umur tapi permainan
politiknya macam orang tua. Lihat Mat Tabbayyun 2 jam aka jargonist dari
Bersatu, muda-muda lagi sudah tidak rasa malu hendak bermain isu surat
sokongan. Lepas itu pula saya dengar audio dalam mesyuarat PH yang lepas
sebelum langkah sheraton, SS sangat beremosi dan langsung tidak matang, hanya
kerana taksub dengan TunM yang sudah berusia 95 tahun. Jadi dari kaca mata SS
95tahun tidak tua, walahal kesemua ideanya tersangkut di zaman 80-an dan sudah
ketinggalan di zaman IoT ini.
Tapi bila Anwar yang hendak bawa politik baharu, inklusif untuk
semua tak hanya satu kaum tapi masih menjaga hak orang melayu dan raja-raja
pula boleh dikata liberal.
Sebenarnya liberal dalam konteks bahasa bukanlah sesuatu yang teruk, tapi sebab telah di stigmakan dengan LGBT itu yang jadi teruk. Dia tak ada beza bila lebai PAS tamsilkan siapa yang lawan PAS sebagai musuh Allah, padahal PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS.
"Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan
peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama
"liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan,
tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip
berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada
kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta
persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Mereka yang
liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil
dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah
undang-undang."
Tak ke pelik SS dari sebuah parti yang ultra melayu; yang
berpendapat hanya TunM yang layak jadi perdana Menteri selama-lamanya boleh
terpikir hendak buat parti berdasarkan anak muda sahaja? Dan tak ada satu
kerusi parlimen pun yang anak muda lebih dari 50% jumlah pengundi, paling kuat
dalam 35% percent sahaja. Lepas tu kalau nak bertanding berapa kerusi pun kita
tidak tahu. Sedangkan PKR/DAP/Amanah adalah parti multiracial, multi-religion
yang lebih tepat untuk tujuan ini, kenapa SS langsung tak terlintas nak masuk?
YB Prabakaran dari PKR, MP yang termuda boleh aje masuk AMK. Tapi kalau SS
masuk AMK tak boleh la jadi ketua. Macam mentor SS kata "Orang melayu ni
tak pandai politik, Dia seronok nak jadi presiden, bila nak jadi presiden dia
buka parti". Kan?
Jadi dari school of thought Ultra Melayu dengan PM Tertua di
dunia, overnight boleh buat parti anak2 muda yang berbilang bangsa. Eh, kalau
ada anak muda Cina dan India dalam parti muda, tak ke kira liberal? ( I am just
quoting what your mentor was saying)
Mohd Mukhlis / Amanah Meru
ARTIKEL PANJANG INI PERLU DIBACA DENGAN HATI YANG TERBUKA (SIRI 2)
Bagi saya Muda tujuan muda ini sama macam geng undi rosak PRU14;
hanya mahu jadi king maker@vote spoiler. Pejuang vote spoiler undi Melayu, Muda
vote spoiler undi anak muda. Cukup cover both end. Sama pattern undi rosak dulu
sememangnya di taja oleh BN untuk halang undi anak muda ke PH ( baca skandal
Cambridge Analytica). Bezanya muda ini di taja oleh Tun@Pejuang, macam mana
mereka groom@baja kerajaan tebuk atap tahun 2019 dari pengkhianatan Jemin dalam
PKR.
Dengan kata Anwar ada masalah moral; parti dia tak stabil, tapi
bila tang Azmin dia boleh pula tutup kes moral, kes Heli H20, kes Lebai PAS 90
juta. Allah ini kalau dia nak balas sangka buruk kita, kadang-kadang balasan
itu tak kena kat kita tapi boleh kena dekat anak cucu kita. Sebab itu kena
beringat bila main tuduh orang lain liberal contohnya. Tapi bila Anwar kata dia
ada numbers kenapa Pejuang pula yang melompat lebih dari UMNO?
Kata nak kembalikan mandat rakyat, kan mandat rakyat tulis PM
lepas Tun adalah Anwar? Tapi boleh pula hari itu bila Pejuang cadang Tun jadi
PM kali ke 3, lepas tu hasut Shafie pula jadi PM, dan minta PH sokong secara
cheque buta? Tak pula Pejuang persoal atau tanya sokongan Shafie itu dari
siapa? GPS? UMNO? Mereka itu suci sebab ada Perdana Menteri 22 bulan yang tutup
kes mereka. Kes GPS di Sarawak, takkan satu pun kes Taib Mahmud tak boleh lekat
selama 22 bulan? Yang rosakkan sistem keadilan negara siapa, sampai lantik Tipa
Koya (geng kartel) jadi KP SPRM.
Tun sendiri sengaja bagi PH lemah sebab nak bagi kuat Bersatu.
Sudah tentu MY jadi boneka sengaja biar kes adib, Icerd, jawi, vernakular,
himpunan maruah melayu, biar DAP jadi punching bag sebab itu modus operandi dia
nak buat Bersatu ganti UMNO. Siap dah nak haramkan UMNO lagi, tapi yang halang
Anwar. Jadi langkah Shereton itu sendiripun Tun tahu dan restu, sebab itu dia
berani letak jawatan, sebab dia ingat mereka terpaksa lantik dia jadi PM semula
bila tiada pilihan. Rancangan awal dia mmg nak haramkan Bersatu dan suruh UMNO
masuk bersatu tapi hanya kalau Zahid dan Najib sudah di penjara. Tapi depa
berdua ini liat dan melawan so di sini MY jadi proxy dan boneka Tun.
Ingat dia kata dia tak boleh terima UMNO secara enbloc tapi dia
boleh terima kalau mereka sokong secara individu atau masuk Bersatu. Sebab itu
yang ada kes berbondong masuk Bersatu. Baca kes Mas dan nama dia ada dalam
senarai terima duit 1MDB. Ingat point ini baik-baik. Jadi dengan sebab itu dia
minta jadi PM tanpa pembangkang. Nasib baik tak jadi cadangan itu.
Sudah tentu, UMNO sokong MY pun bukan free, mereka pasti
harapkan timbal balas jawatan. Dalam UMNO pun ada banyak kem. Kem Anuar Musa
dan H20 mmg nak MY jadi PM, tapi kem Zahid dan Najib tak setuju. Jadi plan
sebenarnya nak angkat H20 jadi Presiden UMNO supaya dapat jadi puppet Tun, cuma
pemilihan UMNO lambat lagi. Orang UMNO marah bila PAS mengkebelakangkan mereka
dengan memilih Bersatu. Jadi sebab PAS main dua kolam MN dan PN, UMNO pun buat
benda yang sama dengan sokong DSAI.
Tapi yang kelakar bila disuruh PH sokong Shafie jadi calon PM,
PH tak boleh persoal dari mana sokongan tersebut. Bila Anwar kata ada sokongan
(calon PM dalam perjanjian manifesto yang di kata bukan kitab suci), boleh pula
di suruh tunjuk siapa yang bagi sokongan.
Sudah tentu Anwar pun tahu, UMNO ini berbahaya, ada peluang
kalau YDPA panggil seorang2 interview, mereka akan tarik balik sokongan pada
Anwar dan akan lead pada hung government. Ingat, ini memang ultimate game UMNO,
mereka hendak bubar parlimen dalam masa terdekat. Tapi YPDA, kalau baginda
fikirkan kebajikan rakyat baginda akan lantik PM baharu daripada bubar
parlimen.
Mohd Mukhlis / Amanah Meru
ARTIKEL PANJANG INI PERLU DIBACA DENGAN HATI YANG TERBUKA (SIRI 3)
Bagi saya kita kena bagi benefit of the doubt untuk Anwar; bagi dia berjumpa YDPA dulu dan present numbers. Kalau strong, convincing and formidable kita akan sokong. Kalau dia pun alpa kita akan lawan. Mark my words, saya bukan jenis SSST yang bagi sertu tak ada ilmu. Kalau ikut previous pattern, 20 tahun tak pernah ada kes rasuah atau kayakan anak beranak, why anwar should start be corrupt now at the peak of his political career? Tabayyun bukan tibaiyun macam SSST. Sebab itu dia sendiri dah tercyduk tak berani nak up post politik sebab apa yang dia jamin semuanya tak menjadi, apa yang dia sertu semua jadi racun.
Tak ada angin tak ada ribut, bila Anwar kata dapat sokongan
terus Tun kata tak nak masuk bertanding. Padahal baru 2 bulan lepas kata nak
masuk bertanding sebab itu tubuh pejuang. Tapi kalau bertanding PRU15 pada umur
95tahun yang mana penggal parlimen adalah 5 tahun, jadi nak jadi MP @ Calon PM
ke 3 pada umur 100 tahun; that is "interesting". Orang yang analitik
macam saya tengok benda pelik ini satu kejanggalan.
Betul pun apa yang Husam kata untuk move forward PH, kena bagi
firm, kuat kan balik saf PH, jelaskan kerusi mana nak bertanding, ambil semula
kerusi bersatu (tolak pejuang & muda), dan tinggalkan Tun. Yang nak undi
nanti 90% bukan ahli parti; sebab itu kita kena istiqmah perjuang hak semua
rakyat semua kaum. Yang lagi 10% ahli parti tu; cuma nak tanya balik, mana dia
argument dulu kata parti dia sendiri pun tunggang langgang? Sekali Allah
tunjuk, dengan dia sendiri kena halau dari parti yang dia tubuh; itupun masih
lagi sombong. lepas gagal dengan UMNO, Bersatu dan kini dengan pejuang? Apa
beza UMNO dan bersatu? Dua2 penipu penuh fake degree dan Pejuang would repeat
the same pattern.
Teringat dulu Dr Mazlee sampai siap quote kata ATGNA pasal galah
sejengkal punya nak suruh Anwar sokong Tun jadi PM kali ke 3. Nasib baik Anwar
tolak, kalau tak terlepas kita tengok best cinematography of the year. Lagipun
it is better to sleep with the enemy than with a cheating spouse; kan?
Saya bagi tips nak ukur sentimen pengundi secara am. Tengok
kalau Tun kata apa2 dalam FB dia ke, dalam tabloid ke ramai yang gelakkan
dengan emoji dan komen2 yang sinis. Yang komen itu banyak dari penyokong kedua
PN dan PH (ori) suruh dia bersara. Lagilah bila dia sebut nak lawan Najib dan
kes 1MDB. Orang ramai gelak sebab dalam masa 22 bulan dia sendiri ada tutup kes
penerima wang 1MBD sebab masuk Bersatu. Ini yang husam kata kehilangan
"Trust Deficit"; ceritalah apa sahaja, tak ada orang percaya dah.
Memang tulisan ini bukan music to some people ears especially
Geng dalam Amanah yang nak main 2 kolam termasuk la luar Amanah, si lawyer 7
undi yang tak habis-habis dengan naratif Hamzah dia. Ingat dulu hangpa kritik
PAS main dua kolam masa muktamar, kini hangpa nak buat balik benda sama? Bab
Tun sengaja bagi platform untuk geng tebuk atap dan berlakon letak jawatan, tak
pula mahu komen. As always tak setuju boleh bagi argument di bawah, sedangkan
fake akaun midi karim pun saya tak block inikan orang yang berbeza pendapat.
Nak unfriend pun tak ada masalah; it's your loss not mine; kiranya taksub hangpa
tak ada beza dengan walaun PAS bila saya kata PAS hendak bersama dengan UMNO
tahun 2015.
I still have respect for Tun sebagai bekas perdana menteri. But
I have to call a spade a spade. Kita perlu move on dari politik berdasarkan
bangsa dan perkauman untuk jadi satu "baldatun thayyibatun wa robbun
ghofur"
Ingat; the moment Anwar angkat sumpah jadi PM adalah beginning
of the end for Bersatu/Pejuang dan Muda. One way another, its the end for them
anyhow.
Bezanya yang scenario A; Anwar jadi PM dan scenario B; BN jadi
PM. This is a hard truth yang semua rakyat Malaysia kena telan. It's time for
MY to choose his poison.
Tapi kalau YPDA bubar parlimen, hasbunallah wanikmal wakil
nikmal maula wanikman nasir.
Mohd Mukhlis / Amanah Meru