VIDEO : AHLI DIBAWAH BERTAKBIR BILA SEBUT UMNO, Akhirnya Pas mengaku penyatuan melayu dimulakan sejak 2015

"AHLI POLITIK YANG MENGGADAIKAN INTEGRITI MENJEJASKAN MASA DEPAN NEGARA"



Setiausaha Agung Pas, Dato’ Takiyudin Hassan mengakui usaha ke arah penyatuan Melayu telah dimulakan sejak 2015.
Menurutnya, usaha tersebut adalah arahan daripada Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebaik beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung.
“Usaha ke arah penyatuan Melayu dimulakan sejak 2015 selepas saya diamanahkan sebagai Setiausaha Agung PAS, usaha itu atas arahan presiden,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Kota Bharu di Dewan Jubli Perak MPKB BRI di sini, semalam seperti dilaporkan Harakahdaily.
Menurutnya, empat tahun usaha ke arah penyatuan orang di negara ini dilaksanakan sehingga akhirnya menjadi kenyataan pada 14 September 2019.
Kata beliau dalam tempoh tersebut pelbagai fitnah dilempar pihak lawan bagi menggagalkan usaha penyatuan orang Melayu.

No comments: