UMS KANTOI LAGI ATAU "DIFITNAH" LAGI??


Mohamad Huzaifah


Sungguh tidak disangka ramai juga para walaun yang begitu husnuzon kepada "ulama" mereka. Sikap yang bagus dan diharapkan dapat teruskan sikap sebegitu kepada orang lain juga. Janganlah di pilih-pilih pula dan menyerang musuh-musuh kamu seperti kecaman-kecaman yang dilemparkan kepada DSAI sebelum ini yang mana masih juga diulang-ulang sehingga hari ini.

Scandal terbaru yang melanda UMS ini lebih dilihat benar dan agak bersungguh-sungguh untuk si "pemfitnah" melakukan kerja-kerja ini kerana:

1) No plate kenderaan yang sama digunakan.
2) Jenis kereta, warna, etc juga sama.
3) No hp juga sama. 
4) SUARA PUN SAMA??

Namun terdapat beberapa posting yang cuba membersihkan nama UMS daripada scandal ini berdasarkan hujah:

1) Kenyataan UMS yang menyatakan no hp nya digunakan oleh pihak ketiga.
2) No hp juga boleh dipalsukan.
3) No plate kereta juga boleh dipalsukan.

Namun hujah-hujah ini bagi saya tidak begitu kuat untuk UMS membersihkan nama beliau. Maka saya merasakan amatlah wajar untuk Mokhtar Dup membuat kenyataan penafian yang KERAS terhadap kejadian ini dan membuat laporan polis serta aduan kepada SKMM. Ini kerana:

1) Pemalsuan no pendaftaran kenderaan adalah satu kesalahan dibawah seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. 

2) Jelas terdapat print screen perbualan yang menunjukkan no hp UMS atau cubaan "memfitnah" UMS dan jika ini benar, ianya adalah satu kesalahan. Amat mudah untuk menjejaki siapa yang memulakan seberan video tersebut. Amat mudah juga untuk menangkap "pelakon-pelakon" tersebut.

3) Status UMS sebagai ulama PAS harus dijaga dan dipelihara. WAJIB untuk mempertahankan kesucian dan kemulian status seorang ULAMA. Jangan cemarkan nama baik ulama-ulama islam yang lain. 

Kepada mangsa dan juga suami mangsa. Ambillah tindakan lanjut supaya perbuatan keji ini menjadi pengajaran kepada yang lain dan pelaku dapat diambil tindakan. Tindakan tuan dan puan mampu menyelamatkan bakal mangsa-mangsa yang lain. Jika memerlukan bantuan untuk membawa perosak rumah tangga anda ke muka pengadilan, inshaAllah boleh DM kami,  kami akan bantu sehabis mungkin.



No comments: