LAGI PENENTANG IDENTITI NEGARA DILANTIK KE JAWATAN TINGGI-TINGGI



ADRIAN LIM CHEE EN




Hebat MCA. Secara senyap-senyap, Ketua Pemudanya Nicole Wong Siaw Ting telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Majlis Pembangunan Sumber Manusia.
(Bukti https://www.hrdf.com.my/boardofdirectors/)

Siapa Nicole Wong Siaw Ting Ketua Pemuda MCA ini?

Ketua Pemuda MCA bantah Jawi/Khat dalam silibus pendidikan
(Bukti  https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/633578/pemuda-mca-bantah-tulisan-jawi-dimasukkan-dalam-silibus-sekolah)

Nicole Wong ulangi pendirian MCA bantah Jawi/Khat
(Bukti https://m.malaysiakini.com/news/501856)

Seperkara lagi. Ketua Pemuda MCA ini mempunyai ijazah sarjana (Masters) dari University of West Coast of Panama.

Carian di internet menunjukkan bahawa universiti ini kilang sijil.

Maka hari ini, kita mempunyai tambahan seorang lagi pemegang sijil palsu dan penentang Jawi/Khat yang duduk dalam Kerajaan Malaysia.

Hebat MCA. Bersenjatakan dua Ahli Parlimen sahaja, MCA telah berjaya......

1. Pelabuhan strategik Kelang, Penang, Melaka dia sapu.
2. Ruang udara dia control dengan memecat CEO Melayu CAAM dan digantikan CEO Cina.
3. Peruntukan sekolah swasta Cina dia naikkan dari RM40 juta kepada RM58 juta.
4. Sekolah swasta Cina yang dimiliknya bagi biasiswa UEC tanpa had.
5. Penentang jawi/khat dilantik Timbalan Menteri Pendidikan.
6. Pelawan undang-undang Islam dilantik Timbalan Menteri Perpaduan.

Hari ini MCA tambah lagi seorang penentang khat/jawi dan pemegang sijil palsu dalam Kerajaan.

Hip hip hooray!



No comments: