Ada pendpt yg kata DSAI dipecat dulu sbb tidak mahu guna wang rakyat utk bailout sykt kroni. Ada benarnya, itu naratif era Reformasi dan salah satu sbb kita difahamkan yg DSAI enggan tandatangan Cek utk selamatkam sykt yg ada kaitan dgn anak DIA. Anak Org Tua tu dikatakan naik pening sampai cuba bunuh diri. Cerita2 itu yg kami dgr di zaman Reformasi dulu la. 😄 Betul atau tidak, Allah shj yg tahu tuan badan tak pernah akui.
Sebenarnya ramai heran kenapa puak PNyamun, Kapitalis, Cukong2 dan Pemodal besar yg sentiasa di belakang org2 yg punya kuasa, di sebalik tabir cari peluang menguasai kekayaan, sgt takut DSAI jadi PM? Saya malas nak jawap walau saya tahu, sbb itu bermakna depa ni batch baharu penyokong Reformasi atau depa tak baca apa yg kami para Penulis Reformasi tulis dlm blog-blog dan Laman-laman Pro-Refiormasi sejak 1998.
SAYA DEDAHKAN SEMULA KISAH DI ERA REFORMASI YG JD SALAH SATU PUNCA PALING UTAMA DSAI DITAKUTI. Kisah ini sebenarnya bermula seawal 1997 lagi bila DSAI jadi Pemangku Perdana Menteri bila Org Tua tu bercuti di luar negara. DSAI telah membentangkan Pindaan ke atas Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Saya masih ingat ketika itu sudah ada serang menyerang sambil perli di dada akhbar antara penyokong kedua-kedua belah pihak. Saya antara yg dipanggil oleh org2 seorg MP Kartel ketika ini yg dulunya dia adalah salah seorg org kuat DSAI. Adalah tawaran-tawaran yg dibuat utk sama2 berjuang menentang rasuah, penyelewengan dan berada dlm kem DSAI. But that is beside the point. Apa yg jadi punca ialah Pindaan dilakukan oleh DSAI ke atas APR. Baca Hansard Parlimen bertarikh 28 Julai 1997. Bil 36 Parlimen Ke 9 Penggal Ke 3 bermula dari mukasurat 13.
Asalnya APR memperuntukan Badan Pencegah Rasuah atau BPR (kini SPRM) hanya boleh mendakwa Menteri dan Pegawai-pegawai Kerajaan dgn hendaklah didakwa sewaktu mereka dlm jawatan dan perkhidmatan TETAPI DSAI telah meminda melalui Parlimen ketika ketiadaan Org Tua itu kepada memperuntukan BPR berkuasa membuat siasatan dan pendakwaan walaupun selepas 10 tahun Menteri atau Pegawai-pegawai Kerajaan bersara dari jawatan.
Org Tua tu, para Menteri, Pegawai2 Kurap dan Korup mula panik dan ketakutan, mereka mula merancang bg menjatuhkan DSAI sbb depa yakin DSAI akan cari perasuah dan PNyamun hingga ke lubang cacing jika dia jadi PM. Sbbtu Org Tua tu sgt tidak percaya kpd DSAI walau DSAI dah kata dia tak akan usik cerita lama dan maafkan. Cuma dia mintak hentikanlah segala kontrak kerajaan utk anak2 Org Tua tu. Itu saya dgr sendiri DSAI sebut sewaktu iring dia dlm salah satu ceramah dl Utara sewaktu PRU13 (thn 2013).
Bermula dari pindaan APR 1997 tu lah keluar buku Dalil 50. DSAI TIADA kes rasuah utk diugut, oleh itu satu-satu cara yg paling berkesan ialah kes liwat. Jika sekadar digambarkan kaki perempuan, mereka pun sama, so apa nak heran? Bila digambarkan sbgai peliwat utk "bunuh karaktor" DSAI, masyarakat Islam pasti terkejut dan marah. Bygkan berapa byk mereka yg terlibat dgn fitnah ini sdg menanggung Dosa Qazaf sbb generasi yg belum lahir pada 1997 sehingga kini pun ada yg percaya dgn fitnah ini.
Saya boleh sebut sekoq2 yg jadi dalang termasuklah arwah Pengetua saya yg akhirnya jadi Menteri. Tapi sbb ramai dah jadi arwah rasa tak manis pula utk saya sebut nama, semoga Allah ampunkan dosa2 mereka.
Wallahualam.
- Zus Din
24 Jun 2020
#SETIAKAWANPH
#DSAI4PM