KALAU TUN M SUDAH TIDAK YAKIN UNTUK MEMPERJUANGKAN KEMBALI MARUAH PH, BELIAU BOLEH BEREHAT DAN ANWAR AKAN MENERUSKANNYA



Terbaru, Tun M menyatakan bahawa kerajaan pintu belakang Muhyiddin tidak boleh dijatuhkan melalui undi tidak percaya di Parlimen Mei nanti.  Alasan beliau, sudah tentu MP-MP yang ada sekarang akan diberi 'dedak' secukupnya oleh Muhyiddin dan undi tidak percaya itu pasti gagal.

kita sedar tidak mudah untuk mendapatkan sokongan MP-MP yang jujur dan bersih di kalangan 222 MP yang ada.  Ramai di antara mereka sanggup menggadaikan prinsip dan maruah demi jawatan dan kedudukan, tetapi tidak semua yang kemaruk kepada habuan dan dedak yang diberikan.

Sewajarnya Tun M tidak mudah mengalah dan berputus asa.  Tidak wajar Tun M berpendapat eloklah kerajaan pintu belakang ini terus berkuasa sedangkan ini bukan kerajaan pilihan rakyat.  Jika Tun M benar-benar mahu meperjuangkan hak rakyat, beliau harus berusaha tanpa mengalah.  Tetapi, kita faham, mungkin Tun M sudah terlalu tua dan tidak bertenaga untuk itu semua.

Oleh yang demikian, PH harus berdiri teguh di belakang Anwar Ibrahim.  Perjuangan harus bermula dari sekarang, samada melalui Parlimen atau PRU15, kerajaan pintu belakang ini wajib kita tumbangkan.  Rakyat menuntut pembelaan dari kita.  

Tiada lagi PM yang PH boleh tampilkan kecuali yang benar-benar bersemangat dan berdaya juang tanpa kenal menyerah.  Insan itu adalah Anwar Ibrahim.  PH boleh lupakan Tun M, dan kita tidak boleh memaksa beliau untuk menjadi panglima kita lagi.  Kalau perlu, tiada lagi kerja pujuk memujuk untuk beliau kembali dalam perjuangan kerana perjuangan ini perlu ikhlas dan tiada paksaan.

Kita telah lakukan segala-galanya untuk Tun M selama ini.  Anwar sudah terlalu banyak mengalah hinggakan Anwar sendiri lupa kepada janji-janji manifesto akibat mahu melayani kehendak Tun M sehinggalah kerajaan mandat rakyat ini tumbang secara kotor dan jijik.  Apakah kita perlu ulangi drama pujuk memujuk sekali lagi?

WFAUZDIN NS

No comments: