Thursday, March 12, 2020

TIADA KESEDARAN BUAT MAHATHIR..

Dari 
Dato' NAZRI ABDULLAH
Bekas Ketua Pengarah BH

Doa Allahyarham Ustaz Fadzil Nor sudah termakbul.

Alhamdulillah Allah sudah makbulkan doa Ustaz Fadzil Nor. Allah lanjutkan usia Tun Dr Mahathir supaya beliau dapat melihat sendiri kesan daripada perbuatan beliau. Tidak perlu diulas apa dosa dosa Mahathir pada Anwar, rakyat dan negara kerana semua sudah maklum. 
Rakyat yang berusia 30 an sekarang mungkin tidak mengenali Tun dengan mendalam, tetapi krisis politik yg berlaku kali ini menyedarkan mereka bahawa Tun pemimpin yang tamak kuasa dan tidak amanah. 
Usianya terlalu tua dan sudah dua kali menjadi PM namun masih sanggup bermain politik kotor, mengkhianati Pakatan Harapan dan perjuangan rakyat. 
Apa yang terjadi sekarang? Tun ditikam dari belakang oleh Presiden partinya sendiri Muhyiddin Yassin. Tun yg memperalatkan Azmin untuk menghancurkan PKR, akhirnya dikhianati oleh Azmin sendiri yang secara diam diam berkomplot dengan Muhyiddin untuk bersekongkol dengan musuh PH iaitu Umno/BN dan Pas. Lebih menyedihkan lagi Setiausaha Politiknya dan MP Umno yang melompat ke partinya turut mengkhianati beliau. 

Maka akan tercatat dalam sejarah kita bahawa Mahathir yang dulunya dijulang sebagai bapa pembangunan mengakhiri riwayat politiknya sebagai PM yang menjatuhkan kerajaannya sendiri.
Maka krisis politik yg dicipta Mahathir kali ini menjadi penutup kepada Wawasan 2020 yang dinukilkannya ketika menjadi PM keempat, empat puluh tahun lalu.

Seandainya Mahathir mengotakan janjinya pada Anwar, negara ini terselamat daripada krisis politik dan Mahathir tidak dihina dan dikutuk rakyat seperti yang berlaku sekarang. Sekurang kurangnya beliau akan dikenang sebagai bekas PM yang menyelamatkan Malaysia drpd regim rasuah Najib dan Umno. 

Maka timbul pertanyaan mengapa Allah tidak membuka hati Mahathir supaya insaf dengan kemungkaran yang dilakukan dahulu? Mengapakah Allah membiarkan Iblis menghasut Muhyiddin supaya mengkhianati amanah rakyat hingga tergamak kembali sekongkol dengan Umno, parti yang memecatnya kerana prinsipnya menentang rasuah? Mengapa Allah tidak membuka hati Yang Dipertuan Agong untuk melantik Anwar walaupun beliau mendapat undi jauh lebih banyak drpd Mahathir ( difahamkan Anwar 107 undi, Mahathir 65 undi dan selebihnya tidak undi)?

Pelbagai persoalan berlegar dikepala rakyat, jawapannya Allah saja yang tahu.
Bagaimanapun Allah menyuruh kita berfikir. Puas saya berfikir, akhirnya saya berkesimpulan semua yang berlaku ini adalah rencana Allah untuk memakbulkan doa Allahyarham Fadzil Nor. 
Maka lihatlah apa yang berlaku sekarang. Ekonomi Malaysia terus menjunam. Pasaran saham merudum dan nasib rakyat bertambah menderita dihimpit kemiskinan. 

Muhyiddin, bekas pesakit kanser terpaksa memikul beban memimpin negara, satu tugas yang amat berat bagi seorang yg tidak berapa sihat. 
Sehingga kini beliau belum mampu membentuk Kabinetnya. Beliau terpaksa menunda sidang Parlimen yg dijadualkan 9 Mac kepada 18 Mei, bukti bahawa beliau tidak dapat sokongan majoriti. 
Pastinya kerajaan pintu belakang akan menghadapi pelbagai masalah dan yang paling berat bagi Muhyiddin ialah menangani krisis keyakinan yg berpanjangan sehingga PRU akan datang. 
Satu lagi petunjuk Allah ialah bermula dari 23 Februari - hari berlakunya “Sheraton Movement” berlakulah gelombang kedua Covid-19 dan kini jumlahnya meningkat kepada 50 orang ( 22 sudah discharge sebelum 23 Februari).
Untuk maklumat, sebelas hari sebelum 23 Februari tidak ada kes baru dikesan. Hanya 11 hari selepas Sheraton Movement, 28 kes baru dikesan. 
Dengan merebaknya kes baru coronavirus, maka tugas utama Muhyiddin ialah menangani wabak ini. Kini hasrat mana mana pihak untuk membuat snap election tidak mungkin tercapai. 
Kalaupun penanguhan Sidang Dewan untuk membolehkan Muhyiddin  mengukuhkan sokongan kepadanya, dengan merebaknya Covid-19, PRU 15 tidak boleh disegerakan kerana risikonya amat tinggi.

Maka firasat saya, kerajaan pintu belakang akan terus bergolak dan bergoyang.
Alhamdulillah, walaupun ada pihak yang cuba menyalahkan Anwar, sebenarnya Allah menyelamatkan Anwar daripada terpalit dengan krisis ini. 
Hati Anwar daripada awal lagi menolak daripada menyertai Kabinet Mahathir. Anwar tidak campur tangan dalam pembentukan Kabinet Mahathir dan Anwar tidak terbabit dalam penggubalan sebarang dasar yg dibuat Mahathir.
Barangkali juga Allah mahu menyelamatkan Anwar daripada terpalit dengan kefasadan politik. 
Berkat kesabarannya walaupun diuji dan difitnah sedemikian rupa Anwar tidak pernah resah dan kecewa. Barangkali juga Anwar bersyukur tidak menjadi PM ketika politik negara bergelumang dengan pelbagai noda dan dosa sehingga membabitkan Istana. 

Said Nursid Badiozaman berdoa “ Ya Allah jauhilah aku daripada syaitan yang direjam dan politik ( kotor)”
Barangkali istiqamah Anwar dengan prinsip perjuangan menegakkan keadilan dan ehsan untuk seluruh rakyat, akan dirahmati Allah. 
Allah- a’lam.

Ahmad Nazri Abdullah

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers