TOLAK KERJASAMA DENGAN UMNO




Petang tadi apa dapat disimpulkan dalam perjumpaan antara Tun Dr. Mahathir dan pengamal media:

1. Tun tak berniat untuk jadi PM9 namun akan Tun Mahathir berkata selagi ada upaya (boleh berdiri kata Tun) dia akan bantu untuk bina negara dan bangsa walau atas apa kapasiti.

2. Tun kekal menolak berkerjasama secara en bloc dengan UMNO namun tidak tentang jika pemimpin UMNO yang bersih mahu sertai Bersatu. Namun Tun sedikit OK apabila individu yang sedang jalani perbicaraan di mahkamah tidak berada dalam kabinet.

3. Tun menolak segala teori-teori politik ‘ahli konspirasi’ kononnya Tun M adalah arkitek ‘kerajaan Muhyiddin’. Jika ia konspirasi Tun M, mengapa Tun tidak ‘menang’ dalam konspirasi ini?

4. Tun menolak dakwaan bahawa DAP mengawal PH sedangkan Lim Guan Eng akan dapatkan ‘consent’ daripada Tun dalam setiap apa keputusan MOF dan Lim Guan Eng melalui MOF beri bantuan RM400 juta kepada Kelantan dan juga bantuan kewangan kepada kerajaan negeri Kedah, Terengganu dan Perlis. Dakwaan DAP kawal Tun Dr. Mahathir sangat tidak tepat. DAP juga tidak menolak cadangan dalam hal yang membantu orang Melayu dan dipersetujui dalam mesyuarat kabinet.

5. Bersatu parti kerajaan atau pembangkang? Tun katakan ia perlu diselesaikan dalam AGM. Di Malaysia adalah perkara baharu apabila satu parti ada ‘fraction’; sebahagian mendokong kerajaan dan sebahagian pembangkang. Di Jepun ia wujud.

6. Hubungan dengan PH - PH telah menolak Tun M kerana Bersatu bukan lagi di bawah Pakatan Harapan.

7. Snap election - Tun positif tiada snap election dalam masa terdekat namun sebarang kemungkinan adalah mungkin.

8. Kritik - Tun M tidak melarang mana-mana ahli mengkritik kerajaan Muhyiddin namun jangan sampai memecah-belahkan parti.

9. Ditanya apakah Tun akan tinggalkan Bersatu dan meletak jawatan sebagai pengerusi, Tun menjawab dia akan berada selagi diperlukan ahli dan akan pergi sekiranya tidak diperlukan lagi.

Mohammad Zaimi Saad
Yayasan Kepimpinan Perdana
11 Mac 2020