MGF10042019_CERAMAH-PH07-1
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berucap pada ceramah umum Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pekan Rantau, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 10 APRIL 2019.
KUALA LUMPUR – Rafizi Ramli mengumumkan meninggalkan dunia politik kerana 
mahu mahu memeberi tumpuan kepada  kehidupan khususnya belajar.
Malah Naib Presiden itu menambah, buat masa sekarang beliau lebih tertarik 
dengan ilmu pengetahuan berkenaan internet.
“Jelas menerusi ciapan saya, saya menjelaskan tidak akan kembali ke politik.
“Saya berada dalam fasa kehidupan di mana saya perlu belajar. Hanya dengan
 belajar kita akan jadi lebih baik dan menyumbang lebih baik.
“Teruja untuk memberi tumpuan kepada AI, pembelajaran mesin & IoT,” 
katanya, merujuk istilah internet menerusi akaun Twitter beliau.
Pada 15 November lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepaskan dan 
membebaskan Rafizi selepas membatalkan sabitan mendedahkan akaun bank berkaitanNational Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), anak syarikatnya dan 
Pengerusi, Salleh Ismail.
Sabitan dan hukuman penjara terhadapnya menyebabkan beliau tidak dapat 
bertanding pada pilihan raya umum lalu.