AMK serah pada polis siasat insiden rempuhan kongres di Melaka
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyerahkan kepada pihak polis bagi menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kekecohan di Kongres sayap parti itu yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC)
Ketuanya, Akmal Nasir berkata, beliau kesal perkara itu terjadi kerana ia mengganggu kelancaran perbahasan.
Tindakan kebudak-dudakan itu tegasnya telah mencalarkan imej Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) selaku tunjang dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Saya mengambil maklum terdapat kekecohan dan sedikit salah faham yang mungkin menimbulkan tolak menolak sedikit.
“Sebarang tindakan melibatkan fizikal kita serah pihak polis untuk disiasat… kerana bagi pihak AMK, (perwakilan) kita berbahas dengan baik,” katanya kepada sidang media.
“Sebarang tindakan melibatkan fizikal kita serah pihak polis untuk disiasat… kerana bagi pihak AMK, (perwakilan) kita berbahas dengan baik,” katanya kepada sidang media.
Kekecohan bermula apabila beberapa perwakilan mendakwa mereka tidak dapat masuk ke dalam kongres oleh pihak keselamatan. Difahamkan kumpulan yang dipimpin seorang pemimpin sayap itu yang mencetus beberapa kenyataan bertentangan keputusan AMK sebelum ini tidak mengikut tatacara pemakaiaan dan tidak mempunyai tag perwakilan.
Seorang Ahli parti itu, Iswardy Morni dalam satu streming video di laman facebooknya mendakwa, individu tersebut yang merupakan seorang wakil rakyat di Selangor sebelumnya bertindak kasar dengan memgeluarkan kenyataan angkuh kepada petugas yang seterusnya menyebabkan situasi tegang.
Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan bekas Pengerusi Tetap AMK Mizan Adli, yang mendakwa Akmal menggunakan gangster, Akmal berkata, ketegasan pihak keselamatan terpaksa dipertingkatkan susulan cubaan perwakilan berkenaan merempuh masuk.
“Dengan cara masuk yang tidak ada adab, dan cuba melanggar keselamatan itu membahayakan perwakilan di dalam. Jadi atas sebab itu, pihak keselamatan itu kita harus puji,” katanya lagi.
AMK sebelum ini memberi amaran ada maklumat menyatakan bakal berlaku provokasi pada kongres kali ini, ia susulan keputusan sebelum ini untuk tidak memilih Timbalan Presiden, Mohammed Azmin Ali untuk merasmikan konngres tersebut.
Bagaimana pun perasmian kongres itu dibuat Azmin selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.