PANDANGAN REFORMIS AWAL HAMDAN TAHA



Asalamualaikum semua sahabat FB semoga kita mendapat Rahmat Allah swt ketika di dunia dan terutama ketika kita di akhirat

Saya sekadar ingin bertanya kabar dan mencampakkan pandangan supaya saya mendapat maklum balas dari rakan rakan.

Saya fikir jika tahun 2020 pada bulan mac sebelum bulan ramadhan sekiranya peralihan kuasa antara tun dr m dan dato seri anwar tidak selesai dan nyata maka saya ingin membuat gerakan rakyat supaya di adakan semula pilihanraya semula. Serahkan kuasa melantik PM itu kepada rakyat semula melalui PRU.

Peralihan itu bole sahaja berlaku pada bulan berapa pun pada tahun 2020 atau awal 2021 tetapi kedua dua tokoh ini wajib memberitahu rakyat tarikh yang nyata dan bukan lagi sekadar kenyataan politik. Jika mau di serahkan kepada Anwar silakan...kita terima atau mahu tun dr m kekal menjadi PM pun saya fikir rakyat tidak menjadi masalah. Yang kita mahukan ialah PM yang KEKAL bukan SEMENTARA...

Jika peralihan kuasa ini tidak selesai masih ada permainan politik antara dua tokoh ini saya percaya yang akan menderita adalah 32 juta rakyat Malaysia. Ekonomi tidak akan berkembang,kepercayaan pelabur tidak ada,krisis politik akan berlanjutan,kestabilan politik tergugat,semua ini akan merosakan negara. Kerana manusia dua tiga orang rakyat 32 juta menderita. Ini kita tak bole biarkan berlaku...

Jika bulan mac tahun ni tak ada tarikh dan keadaan politik masih seperti sekarang. Saya berharap kita rakyat perlu melakukan dua perkara.

1. Mengumpul tandatangan untuk di hantar kepada DYMMYDA supaya di bubarkan parlimen untuk di adakan PRU

2. Jika gagal juga kita perlu turun berhimpun di jalan raya menyatakan pendapat dan berhimpun mendesak supaya di adakan PRU

Kita rakyat seramai 30 juta jangan kalah dengan dua tiga orang ahli politik yang tamak kuasa. Rakyat lah yang berkuasa....kita wajib bangkit dan menjadi rakyat yang cerdik bukan di perbodohkan oleh ahli politik.

Apa pandangan saudara semua...

Boleh berikan pendapat di ruang komen tampa mengunakan ayat ayat provok. Gunakan ayat yang baik untuk di baca oleh ramai pihak

Hamdan taha

Sekadar pandangan dari rakyat biasa

Sila kongsikan pandangan ini ke wall sahabat,supaya kita mulakan arus juga pandangan kita. Biar pemimpin tahu rakyat mahu mereka selesaikan hal negara lebih penting daripada nafsu politik mereka.


No comments: