KENYATAAN MEDIA SKUAD KEADILAN

KENYATAAN MEDIA SKUAD KEADILAN

Ingin saya maklumkan tugas Skuad Keadilan adalah untuk mengawal keselamatan delegasi semasa berlangsungnya Kongres Nasional Keadilan ke-14.

Insiden kekecohan yang berlaku pada pagi tadi bermula daripada penyokong Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Hilman Idham yang cuba membawa masuk bekas Pengerusi Tetap, Mizan Adli Md Noor.

Kami sekadar menjalankan tugas dengan menghalang beliau serta mereka yang tidak memiliki pas dan ia telah membuatkan sesetengah pihak tidak berpuas hati seterusnya memulakan pergaduhan.

Saya kesal dengan kebiadaban beberapa anggota perwakilan yang telah menuding jari kepada pihak kami.

GARY MARIMUTHU
Ketua Skuad Keadilan

No comments: