Refleksi Setahun Kerajaan Pakatan Harapan: 365 Kejayaan



Oleh: Muzzammil Ismail

Kongsikan dan baca. Nah, atas permintaan ramai.

UTAMA
1. Prestasi pencapaian Janji Kerajaan bagi tempoh 10 Mei 2018 sehingga 30 April 2019 untuk "Membina Negara dan Memenuhi Harapan" adalah sebanyak 39.01%.
2. KDNK negara bagi suku ke-4 tahun 2018 berkembang 4.7% dan mengatasi konsensus pasaran pada kadar 4.5%
3. Pelaburan ditambahkan kepada RM106.6B. Jumlah perdagangan RM1,713,84B
4. Sebanyak 53 Inisiatif atau 11.42% telah ditunaikan dari 128 Inisiatif
5. Harga siling petrol RM2.08
6. BSH bersasar kepada B40
7. Dana perlindungan Kesihatan
8. Lancar PELAN RASUAH & INTEGRITI
9. Tubuh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC)
10. Berjaya kurangkan kos keseluruhan projek LRT 3 (RM31.3b kepada RM16.6b)
11. Penjimatan sebanyak RM8.6B PROJEK MRT
12. Perjalanan tnpa had RM100 bagi bas dan rel, RM50 bagi bas RapidKL.
13. Tiada kenaikan tol disemua lebuhraya yang melibatkan kos RM974.43J
14. Gaji minimum RM1100.
15. Royalti minyak kepada Terenggani RM634J
16. Bantuan RM500,000 kepada bekas tentera
17. Menarik balik penyertaan tentera di Timur TENGAH
18. Amalan pengurniaan pangkat kehormat dan pemakaian seragam tentera kepada orang politik dihapuskan
19. Peruntukan tambahan RM20J untuk JABATAN Hal Ehwal Veteran Askar.
20. Pemansuhan tol motosikal
21. Pemansuhan tol Jambatan Pulau Pinang (JPP),Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JPP2) dan Plaza Tol Tanjung Kupang. Penjimatan di antara RM24 ke RM66 sebulan.
22. Jajaran baharu Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan Sarawak dan Sabah tanpa melalui Brunei dengan jarak 415 km (RM 5.5 billion)
23. Meminda atau memansuhkan undang-undang keselamatan yang dianggap zalim seperti SOSMA, POCA dan POTA
24. Peruntukan RM45J untuk I-Suri
25. Sistem semakan Pesalah Jenayah Seksual Kanak-kanak
26. RM20J untuk 70,000 wanita untuk program pengesanan awal kanser payu dara.
27. 65 taska ditempat kerja diluluskan
28. Kad OKU sub-kategori pembelajaran
29. Usaha pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak dibawah SUHAKAM
30. Pemerkasaan wanita melalaui pelantikan 9 Menteri dan timbalan menteri Kabinet dan 10 jawatan tertinggi di agensi kerajaan, GLC, GLIC untuk kali pertama.
31. Menyediakan panduan memilih pengasuh untuk orang awam
32. Membantu 73% gelandangan menginap di anjung singgah mendapat pekerjaan
33. Membantu program warga emas untuk kembali bekerja
34. Geran MPKK ditambah RM100J
35. Pemulangan asset 1MDB dariupada USA sebanyak RM236J
36. Pemulangan asset 1MDB daripada doj sebanyak RM139j
37. Pemulangan asset 1MDB daripada Singapura sebanyak RM106J
38. Projek DBKL diselamatkan sebanyak RM481J (RUNDINGAN SEMULA)
39. Bantuan Sara Hidup (BSH) RM500-RM1000
40. MYsalam Skim Perlindungan Kesihatan Nasional (pembayaran sehingga RM8000)
41. Rebat bil elektrik RM40 sebulan untuk keluarga miskin
42. Foodbank pengagihan lebihan makanan dari industry peruncitan
43. Inisiatif kedai ekonomi i-keep
44. Program Malaysia Social Innovation (MySI). Dana yang berjumlah RM5 juta.
45. Pembelian tambahan 1.9 juta tan minyak sawit Malaysia dengan anggaran nilai RM4.56 Bilion bagi tempoh lima tahun (2019 – 2023)
46. Terbitan Bon Samurai yang telah menarik lebihan langganan sebanyak 1.6 kali ganda iaitu 324.7 bilion yen berbanding 200 bilion yen yang ditawarkan, mencerminkan keyakinan pihak luar terhadap kemampuan kewangan negara.
47. FDI yang diluluskan naik setinggi 48% kepada RM80.5 Bilion bagi tahun 2018
48. Pelaburan yang diluluskan dalam Sektor Perkilangan, Perkhidmatan dan Sektor Utama bernilai RM201.7 bilion
49. Kerajaan Malaysia telah berjaya menerbitkan bon Samurai dengan jaminan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) sebanyak ¥200 Bilion (RM7.3 Bilion), bertempoh matang 10 tahun dengan kos keseluruhan kepada Kerajaan Malaysia sebanyak 0.63% setahun.
50. Dana Pembiayaan Pembangunan Mapan (SDFF) anjuran Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) bernilai RM1 bilion bagi memberi insentif kepada lebih banyak syarikat untuk melakukan amalan kemapanan di dalam strategi perniagaan
51. RM5 Juta untuk digunakan bagi tujuan pengurusan Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya sebagai tanda sokongan kepada agenda memajukan syiar Islam.
52. Projek Pembangunan TRX Exchange telah menjalani proses ‘detoxification’ (semakan semula dan rasionalisasi aset)
53. Pembinaan Kilang Cuckoo di Banting yang menelan kos RM104million(USD 25 Million).
54. Menjadikan Malaysia Model Halal Hub bertaraf Antarabangsa dengan penubuhan Sekretariat Majlis Halal Malaysia dengan kerjasama agensi di bawah OIC

SUMBER MANUSIA
55. Skim Bencana Kerja
56. Caruman PERKSO diperluas kepada suami atau isteri bagi majikan utama
57. Penubuhan Mahkamah Rayuan Perusahaan
58. Kerjasama dengan negara asing bagi pentauliahan antarabangsa di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (IJLTM)
59. Penggunaan dron dan teknologi tanpa wayar dalam memperkasa aktiviti penguatkuasaan tapak bina
60. Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negara
61. Penggunaan teknologi Elctronic Trade Union InformatioN System (e-Tuis) dalam menambahbaik tadbir urus sedia ada.
62. MoU persefahaman antara Malaysia-Nepal mengenai pengambilan pekerja, penggajian dan penghantaran pulang.
63. Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing.
64. Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan)
65. Pelancaran Dana Transformasi Pendigitalan Industri sebanyak RM3 bilion bagi memastikan pemain industri dapat memenuhi kehendak pasaran Revolusi Industri 4.0
66. Mewujudkan indeks (IHP) untuk mengukur kos sara hidup bagi membantu majikan menentukan kenaikan gaji yang bersesuaian

REFORMASI PERUNDANGAN DAN DEMOKRASI
67. Reformasi dalam undang-undang sudah dilaksana atau sedang dilaksana
68. The Rule of Law jelas diamalkan oleh PH. Pemisahan kuasa antara tiga pihak iaitu pembuat, undang-undang, pelaksana pentadbiran dan kehakiman jelas diamalkan.
69. KDN turut meluluskan taraf kewarganegaraan kepada 1,641 pemohon kaum India berumur 60 tahun ke atas yang memenuhi syarat-syarat dalam Perlembagaan Persekutuan.
70. Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai penemuan kem sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis.
71. Pengihitharan asset anggota cabinet dan anggota parlimen PH
72. Penubuhan jawatankuasa Khas mengenai anti rasuah
73. Reformasi SPRM
74. Reformasi dan kebebasan MEDIA
75. Indeks demokrasi naik 7 anak tangga berdasarkan The Economist

TH
76. Pelan pemulihan Tabung Haji. Lembaga Pengarah TH baharu telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli lembaga pengarah dan pengurusan lama.
77. Kerajaan sedang menyelamatkan tabung haji melalui pembayaranaset-aset bernilai RM19.9 bilion.
78. Kerajaan suntik asset melalui: RM10.0 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.05% setahun bertempoh 7 tahun, RM9.6 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.10% setahun bertempoh 10 tahun, RM0.3 bilion dalam bentuk bayaran tunai yang dijana menerusi aset RM9.7 bilion yang telah dijual kepada SPV.
79. Defisit telah berjaya ditutup. Hibah boleh diagihkan mengikut Akta Tabung Haji. Semua kerugian rosot nilai telah direkodkan. Dijangka tiada lagi kejutan di masa hadapan.
80. Kedudukan Kewangan telah pulih. Pulangan yang stabil daripada aset yang berdaya saing. Tadbir Urus dan Ketelusan yang lebih baik.

FELDA
81. Menstruktur semula pinjamna dengan institusi kewangan dengan mengenal pasti asset-aset tidak strategic yangbboleh dicairkan untuk menjana tunai.
82. Memperkenal model baharu pengurusan tanah.
83. Menyelsaikan isu demografi peneroka dan ketiadaan ekonomi bidangan. 490,000 hektar untuk peneroka. Seorang 4 hektar untuk kebun, 0.1 hektar untuk kediaman. 330,000 hektar untuk lading komersial. 50,000 hektar untuk kawasan kampung.
84. Mewujudkan 317 jumlah tanah rancangan.
85. Keuntungan kepada 112,635 peneroka. Kadar faedah efektif 3.8% pinjaman sara hidup dengan peruntukan kerajaan RM2b.
86. Menyiapakan projek perumahan generasi baharu (PGBF) yang sudah siap 70%.
87. Pengukuhan koperasi Felda. Mewujudkan skim sewaan tanah jangka panjang. Penyediaan skim pewaris tanah untuk peralihan lancar.
88. Membuat siasatan terhadap RM1.4B yang digunakan untuk pelaburan meragukan dan RM2.7b digunakan untuk raih sokongan politik.
89. Bantuan kewangan sebanyak RM6.23 bilion berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat.

ECRL
90. 9 bulan rundingan rumit ECRL. RM21.5b kos dikurangkan.
91. 40% partisipasi kontraktor tempatan daripada 30% perjanjian awal ECRL.
92. 50:50 operasi penyelenggaraan ECRL ditanggung MRL-CCCC, sebelum ini 100% ditanggung MOF. Mendapat pujian daripada The Edge,
93. Melalui jajaran baru, ECRL dirangka bagi melalui 6 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Selangor. Langkah ini mampu memaksimakan limpahan ekonomi yang bakal diperolehi negeri-negeri yang dilalui ECRL.

PENDIDIKAN
94. Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang dianggotai 12 ahli panel yang berkaliber. Guru dipilih menganggotai ajk kecil kepada ahli panel JKD untuk meluahkan isu sebenar yang berlaku diakar umbi.
95. LINUS dimansuhkan serta merta, bebanan tugas guru seperti penyediaan fail dikurangkan, di mana bebanan berat guru kelas dalam menyediakan Buku Rekod Kedatangan Murid dipermudahkan.
96. KPM menggerakkan Dekad Membaca Kebangsaan (2021-2030). Lebih daripada 36,000 kegiatan telah dirancang di seluruh negara untuk tahun ini oleh pelbagai agensi, jabatan, perpustakaan negeri dan perpustakaan komuniti.
97. KPM juga sedang dalam usaha menyemak semula Dasar Bahasa Kebangsaan dan draf awal akan dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengelola DBP pada Julai 2019.
98. KPM juga sedang giat menggerakkan inisiatif di bawah Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia pada tahun 2020.
99. Mewujudkan Program Sastetawan Negara di Universiti.
100. Semakan semula dasar Bahasa Kebangsaan
101. Mengubal dasar sastera kebangsaan dan kempen pemartabatan Bahasa Melayu.
102. Menubuhkan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET pada 21 Jun 2018.
103. KPM telah melaksanakan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional iaitu laluan fleksibel bagi artikulasi TVET sehingga ke tahap 6 dan 7.
104. Mengadakan enam sesi Townhall yang merupakan platform kepada pemegang taruh pendidikan TVET dari pelbagai kementerian, industri dan komuniti.
105. KPM telah membentuk Jawatankuasa Task Force Khas Hala Tuju Kolej Vokasional untuk mempergiat usaha berterusan membantu Kolej Vokasional dalam memenuhi standard Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
106. KPM turut mewujudkan kerjasama antara Kolej Vokasional, Politeknik, Kolej Komuniti dan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia dari segi sumber, peralatan, fasiliti, tenaga pengajar dan kepakaran.
107. KPM mengambil tindakan menyeluruh dalam memperluas akses pendidikan ke Politeknik dan Kolej Komuniti dengan membangunkan beberapa program pengajian alternatif melalui empat bentuk laluan baharu dikenali sebagai ACES (Apprenticeship Programme, Professional Certification Programme, Entrepreneurship Programme dan Sijil Kolej Komuniti (program persediaan).
108. Program Tahfiz TVET secara bermodul dan sepenuh masa dengan objektif untuk memberi nilai tambah kepada set kemahiran pelajar bagi persediaan kerjaya dan kelangsungan hidup.
109. Program ini dipandu oleh pihak JAKIM serta Darul Quran dan menerima penyertaan yang menggalakkan daripada institusi-institusi tahfiz serata negara.
110. KPM telah memperkukuh jalinan kerjasama industri TVET bersama-sama pihak industri dan agensi dengan melaksankan aktiviti usahasama yang membawa impak kepada kebolehpasaran graduan.
111. KPM dalam usaha berterusan menghasilkan pelan hala tuju khas bagi pendidikan tinggi swasta.
112. KPM kini sedang giat menjalankan proses libat urus dengan pihak IPTS dalam menentukan hala tuju pendidikan tinggi swasta. Sebelum ini, proses libat urus melibatkan IPTS kurang dilaksanakan.
113. KPM turut memberi tumpuan kepada usaha pengukuhan pengantarabangsaan pendidikan tinggi.
114. KPM juga sedang berusaha menambah bilangan kampus cawangan dan satelit universiti utama dan berprestij luar negara di Malaysia. Antara negara-negara yang dilibatkan dalam kerjasama ini termasuklah United Kingdom, Jepun, Perancis, China, Maghribi, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar.
115. Dewan Rakyat pada Disember 2018 telah meluluskan secara sebulat suara pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Akta berkenaan yang sebelum ini menjadi penghalang untuk mahasiswa terbabit dalam kegiatan politik.
116. Turut diluluskan ialah pindaan terhadap Seksyen 47(2)(C) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan Seksyen 10(2)(C) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174] yang terpakai kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Perguruan.
117. Buat pertama kalinya selepas 50 tahun, pilihan raya kampus di semua Universiti Awam dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa tanpa campur tangan pihak pengurusan.
118. KPM telah menetapkan 5 Oktober setiap tahun sebagai Hari Akademia. Ia dilaksanakan untuk menghargai jasa semua pensyarah dan kakitangan akademik di universiti.
119. Sejak KPM berada di bawah kerajaan baharu, peranan institusi pendidikan tinggi telah diperkasa melangkaui batas ideologi dan fahaman politik.
120. Institusi pendidikan tinggi di negara ini menjadi medan terbuka dalam membahaskan perbezaan pandangan secara matang dan bertanggungjawab.
121. Peningkatan geran penyelidikan di Universiti Awam. KPM telah menyediakan dana berjumlah RM455.35 pada tahun 2019.
122. Melantik wakil mahasiswa menganggotai Senat Universiti. Pencapaian ini penting dalam memastikan mahasiswa diberikan peranan bersesuaian untuk terlibat dalam keputusan-keputusan penting universiti.
123. Zero Reject Policy (Dasar Sifar Penolakan) diberikan penekanan dan dimantapkan dari aspek pelaksanaan bagi memastikan Murid Berkeperluan Khas (MBK) menerima pendidikan yang relevan dengan keupayaan mereka.
124. Semua MBK diterima masuk ke sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan untuk mendapatkan pendidikan.
125. Kemudahan infrastruktur di sekolah-sekolah ditambah baik secara berterusan bagi menyediakan fasiliti yang bersesuaian dengan keperluan MBK.
126. Seramai 1,486 MBK yang tidak membuat pendaftaran awal secara dalam talian telah hadir ke sekolah untuk mendaftar secara manual. Jumlah ini terus meningkat sehingga mencecah angka 5,486 pada 15 Januari 2019.
127. Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), KPM telah banyak membuat permuafakatan bersama-sama pihak NGO termasuk Town Hall Pendidikan Khas yang mana banyak melibatkan NGO sebagai main player dalam aktiviti berkaitan.
128. Laluan khas ke Universiti Awam untuk Orang Kelainan Upaya.
129. Sebanyak 301 daripada 394 projek Sekolah Daif telah memperoleh Sijil Siap Kerja dan baki 93 projek lagi masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
130. 107 projek sedang dalam pelbagai peringkat pelaksaan dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.
131. KPM juga menggunakan sistem dashboard bagi memantau secara langsung (live) perkembangan projek membaik pulih sekolah-sekolah daif di seluruh negara.
132. Pembangunan Sekolah Daif pada tahun 2019 ditambah baik dari aspek penggunaan skala impak, kaedah pelaksanaan dan skop pembinaan. Skala impak ini diperkenalkan supaya cara membaik pulih lebih strategik dan efektif.
133. Geran sepadan RM500 melalui SSPN
134. Bantuan awal persekolahan RM100
135. Biasiswa dan pinjaman RM3.8B
136. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memansuhkan amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Murid Tahap I di Sekolah Rendah termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di KPM
137. Pentaksiran terhadap Murid Tahap I juga akan dilaksanakan secara lebih objektif
138. KPM juga membina kerjasama lebih erat dengan kerajaan-kerajaan negeri. Ini termasuk menggunakan RM1 bilion, yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Sarawak sebagai bayaran menjelaskan hutang kepada Kerajaan Persekutuan, untuk membaiki sekolah daif.
139. Peruntukan penyelenggaraan sekolah keseluruhan sebanyak RM615 juta disediakan dan memberi manfaat kepada semua jenis sekolah di negara ini.
140. KPM telah melaksanakan semakan semula Akta Pendidikan 1996 bagi mewujudkan peruntukan pendidikan wajib selama 11 tahun.
141. Program perintis Sifar Murid Cicir (PSMC) telah dilaksanakan di negeri Perlis, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat dan PPD Langkawi sebelum diperluaskan ke PPD Pasir Mas, PPD Kluang dan PPD Kulai.
142. Dapatan menunjukkan 26.1 peratus (262 orang) murid di sekolah menengah telah kembali ke sekolah melalui program ini.
143. Penggubalan Prosedur Operasi Standard (SOP) Keselamatan melibatkan murid dalam menghadapi bencana khusus termasuk pencemaran seperti bahan kimia.
144. Bagi menangani keresahan guru dalam hal berkaitan beban tugas ini, bermula pada tahun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka lima inisiatif dan sembilan intervensi khusus.
145. Ini termasuk isu berkaitan waktu kerja guru, capaian Internet di sekolah, integrasi sistem maklumat, peranan pentadbir dan anggota kumpulan pelaksana dan agihan guru di sekolah.
146. Menggubal Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan dan kebajikan guru ketika membawa murid keluar sekolah.
147. KPM juga dalam usaha mengukuhkan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)
148. Pihak JNJK sedang menyediakan Koleksi video Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk perkongsian best practices dengan guru mengikut keperluan.
149. Seramai 4,888 pelajar golongan B40 telah ditawarkan tempat ke SBP pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 2,630 (53.8 peratus) telah menerima tawaran berkenaan.
150. 60 peratus tempat untuk mengikut Program Matrikulasi KPM mulai sesi 2019/2020 dikhaskan kepada golongan B40.
151. Laluan khas buat pelajar B40 untuk memasuki universiti awam. Sesi pengajian 2018/2019 sebanyak 23,895 tempat telah disediakan.
152. Penawaran biasiswa dan bantuan kewangan ditingkatkan dengan peruntukan berjumlah RM68.1 juta dan ia telah memberi manfaat kepada lebih 17,100 pelajar
153. Program ACES. Inisiatif ini terbuka kepada komuniti dan pelajar lepasan menengah melalui empat bentuk laluan baharu iaitu Apprenticeship, Professional Certification, Entrepreneurship dan Sijil Kolej Komuniti
154. Maker Market akan menjadi pusat penganjuran pertandingan bercirikan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0). Untuk inisiatif ini, KPM menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan ME.REKA.
155. Pondok Perdana dan ia bertujuan memperkasa dan menambah nilai kemahiran kepada pelajar pondok melalui pelbagai program yang lebih berstruktur.
156. Bilangan kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi (KPM) ditambahkan kepada 40 ribu tempat, berbanding 25 ribu
157. KPM pada tahun 2019 telah memperuntukkan 60 peratus tempat kepada pelajar dari golongan B40 dan baki 40 peratus kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) dan berpendapatan tinggi (T20).
158. Tambahan peruntukan bagi tujuan pembaikan di IPG Kampus yang telah diluluskan ialah RM3.063 juta.
159. Peruntukan pembangunan sebanyak RM34 juta juga telah diluluskan bagi tujuan menaik taraf kemudahan akademik dan pembaikan kecil di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

PERTANIAN
160. Memperuntukkan sejumlah RM1 bilion bagi Program Hasil Baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh 4 tahun, dari 2019 sehingga 2022.
161. Pengenalan teknologi baharu era Revolusi Industri 4.0 seperti artificial intelligence, analisis Big Data, dron dan Internet of Things (IoT) dalam meningkatkan produktiviti sektor pertanian.
162. Rm30j bantu dpaatkan pengiktirafan sijil MSPO
163. Bantuan musim tengkujuh RM600
164. Pemakaian 'land consolidation' yang akan membolehkan pesawah mengusahakan padi dalam kawasan yang lebih besar.
165. Model 'Duopoly' diperkenalkan untuk memecahkan monopoli industri beras
166. Merancang untuk menghapuskan harga siling bagi beras tempatan serta memperkenalkan harga siling bagi beras putih import.
167. Memperbanyakkan pasar nelayan, penggunaan Agromall sebagai pasaraya yang menjual produk industri asas tani, serta menambahbaik Agrobazaar Online.
168. Laluan pasaran durian sejuk beku ke China pada 20 Ogos 2018. 67 ladang durian didaftarkan untuk pengeksportan.
169. 403 usahawan agropreneur muda mendapat bantuan MOA. Nilaian bantuan dari RM10 ribu ke RM20 ribu.
170. AGRO NISAA. Pembiayaan untuk usahawan wanita bawah B40.
171. Model perniagaan industri pengeluaran ayam pertubuhan peladang. Pengeluaran 4770mt dengan nilai RM34.4 juta.
172. PASAR NELAYAN. Melepaskan nelayan daripada rantaian orang tengah. 128 pasar nelayan telah beroperasi
173. AGRO KULINARI. Peruntukan RM5.5 juta untuk promosi Malaysia Street Food Festival.
174. BERAS WANGI/ISTIMEWA. Projek perintis dijalankan oleh KADA.
175. PERIKANAN LAUT LEPAS. Menggalakkan tangkapan ikan tuna mampu menyumbang kepada hasil negara sebanyak USD 300 juta setahun
176. PERTANIAN BANDAR. Penggalakan urban farming dengan teknologi

HAL EHWAL EKONOMI
177. Bantuan pembiayaan sebanyak RM480 juta bagi bayaran Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dapat membantu 33,000 orang peneroka.
178. Peruntukan sebanyak RM250 juta untuk menyiapkan rumah Generasi FELDA terbengkalai yang 70% hampir siap.
179. Bantuan RM2.0 bilion untuk menghapuskan kadar faedah hutang peneroka telah memberi manfaat kepada 66,944 orang peneroka.
180. Memperkenalkan myASNB yang membolehkan pemegang akaun mengakses akaun mereka dengan mudah.
181. 5 projek utama di Kelantan.
182. Pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu
183. Pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)
184. Jambatan Palekbang-Kota Bharu
185. Lebuhraya Kota Bahru-Kulau Krai
186. Laluan baharu Pasir Puteh-Machang-Jeli
187. Skim Pengurusan Aset Canggih (SPAC)
188. Pembayaran bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil di Sabah sebanyak RM165 juta dan hampir 275,000 pekebun kecil, iaitu pengusaha getah dengan keluasan kebun 2.5 hektar dan ke bawah
189. Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM)
190. Peruntukan Kerajaan bagi Program Pembangunan RISDA berjumlah RM338 juta kepada 552,543 orang pekebun kecil.
191. RM1.132 bilion diluluskan sebagai Peruntukan Pembangunan Negeri Kedah untuk tahun 2019 yang merangkumi 201 projek.
192. Ekonomi cenderung bertumbuh dari September 2018 hingga Julai 2019 (-1.7% kepada -1.1%)
193. Projek Pembinaan Jambatan Kedua menghubungkan Rantau Panjang, Malaysia – Sungai Golok, Thailand dan Jambatan menghubungkan Pengkalan Kubor, Malaysia
194. RM109 juta diluluskan kerajaan Persekutuan untuk pembangunan kawasan luar bandar di Terengganu di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3)
195. Meluluskan 49 projek pembangunan bernilai RM2.28B kawasan Parlimen Sandakan, Batu Sapi, dan Libaran.
196. Perjanjian Utama Program Kolaborasi Industri (ICP) antara Kerajaan Malaysia dan Bombardier Hartasuma Konsortium.
197. MIDA dinobatkan sebagai ‘best investment promotion agencies in the Asia Pacific’ 

BELIA DAN SUKAN
198. Perolehan Open Tender
199. Penempatan pegawai SPRM di KBS
200. Perlaksanaan FORENSIC ACCOUNTING di KBS
201. Pengishtiharan harta oleh Menteri dan Pegawai Pejabat Menteri
202. Memuktamadkan Corruption Risk Mnagement (CRM) dengan kerjasama SPRM
203. Malaysia Future Leaders School (MFLS) dengan bajet RM70j
204. Projek Reben Kuning, peluang kedua buat bekas juvana dan pelajar sekolah juvana. Bajet RM165,000
205. Program sukan belia PPR
206. Pemerkasaan IKLBS
207. Teaching Factory (TeFa), praktis sebenar di industry
208. Program STAR@U
209. Y-Career, program khusus pembelajaran hujung minggu
210. Perlaksanaan Fit Malaysia dengan kos yang jauh lebih rendah oleh Team KBS
211. Pemerkasaan penjawat awam sebagai penganjur program
212. Sukan Luar Bandar di lebih 30 lokasi
213. Penstrukturan semula Program Podium, peruntukan sebanyak RM118J
214. RM21j perkhidmatan sains dan perubatan sukan
215. Manfaat kepada 645 atlet, 149 jurulatih dan 34 sukan
216. One state, One University, One care kerjasama dengan 18 buah universiti. Pembelajaran buat atlet.
217. Athletes Track Program.
218. Skim Kesihatan Khas
219. Pemberian Dana kepada YAKEB sebanyak RM3J untuk kebajikan dan sokongan bekas-bekas atlet.
220. Sukan elektronik. Sukan E-sports. Peruntukan RM10j. Menarik pelabur pihak korporat seperti Razer.
221. Program sukan wanita veteran. Dan adanya Indeks budaya sukan Malaysia.
222. Impact Malaysia dengan bajet RM10J
223. Kerajaan Pahang menerima peruntukan tambahan RM4.4 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara kemudahan infrastruktur dan sukan

AGAMA
224. Memperkasa Institusi Agama Islam dengan eruntukkan disediakan sebanyak 1.1 billion dan tahun ini meningkat kepada RM1.2 billion.
225. Peruntukan khusus kepada Sekolah Tahfiz berjumlah RM50 juta, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50 juta dan Institusi pondok RM 25 juta
226. Tambahan peruntukan RM11.8 juta untuk pendaftaran Tahfiz, Latihan Pengurusan dan bantuan per kapita
227. Menyediakan satu pelan untuk menyerap Guru KAFA yang mempunyai ijazah ke perjawatan tetap
228. Program Usahawan Asnaf dengan membantu mereka melalui Maiwp dan SMIDEC, dibimbing menjadi usahawan keluar dari kemiskinan dan membantu asnaf kembali selepas berjaya
229. Subsidi Haji kepada Jamaah Haji Muassasah Kali Pertama berjumlah hampir RM400 juta
230. Mahkamah fast-track bagi mendengar kes perceraian biasa elak kelewatan dan birokrasi
231. Peruntukan RM2.4 juta untuk pembelajaran Agama dengan penggunaan Braille
232. Peruntukan RM800,000 untuk Program MyINSANIAH
233. Kajian untuk menyerap Guru- Guru KAFA ke perjawatan tetap
234. Menjadikan Malaysia Model Halal Hub bertaraf Antarabangsa dan mengerakkan usaha penggubalan Majlis Halal Malaysia
235. Gagasan Negara RAHMAH berteraskan Rahmatan Lil Alamin sebagai dasar pentadbiran negara
236. Hotline Isu Menangani Penghinaan Agama dan Nabi 010 3005260
237. Hukuman yang dikenakan Mahkamah ke atas mereka yang didapati bersalah dan sabit dengan hukuman penjara dan denda lebih berat berbanding sebelum PH
238. Model Masjid RAHMAH yang dijadikan model masjid yang mesra Jemaah dan pengguna
239. Melancarkan Program Usahawan Asnaf dengan membantu mereka melalui MAIWP dan SMDEC
240. Mengekalkan subsidi Haji kepada Jemaah Haji Muassasah kali pertama berjumlah hamper RM400 juta
241. Mahkamah Khas kes Nafkah dan Hadhanah
242. Meningkatkan kompetensi Hakim Syarie dengan dihantar ke Arab Saudi mendalami ilmu berkaitan Al-Qhuda
243. Menjalin hubungan (engagement) dengan semua NGO-NGO Islam termasuk pemberian dana khas kepada NGO-NGO Islam
244. Pertemuan dengan tokoh-tokoh Agama menerangkan dasar Rahmatan Lil Alamin seperti dr Zakir Naik, Selebriti Agama, Tokoh Ulama, tanahair
245. Townhall Maqasid penerangan tentang dasar Rahmatan Lil Alamin dan Negara RAHMAH
246. Kempen RAHMAH dalam kehidupan termasuk menjaga alam sekitar (Alami), hormat menghormati satu sama lain yang berterusan di bawah agensi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
247. Program Foodbank yang disediakan kepada Asnaf di Masjid bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
248. Sidang Meja Bulat Bersama Ulama’ dan panel pakar bagi membincangkan isu semasa diadakan 2 bulan sekali
249. Menubuhkan Persatuan Kerjasama Perniagaan Malaysia Bosnia (MBTCA)
250. Naik taraf Bahagian Maqasid Syariah JAKIM bagi memperkasa usaha ke arah kejayaan pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia
251. Penggubalan RUU Profesion Guaman Syarie (Wilayah Persekutuan) untuk menaik taraf profesion guaman syarie
252. Pindaan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1993 (Akta 505) (Pengawalan Sekolah Agama dan Pusat Tahfiz berdaftar)
253. Pendedahan penyelewengan wang di Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) pada 6 Ogos 2018 iaitu sebanyak RM7.4 juta
254. Program Kebersihan Perdana Masya’ir melibatkan 37,200 jemaah Haji Malaysia di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

PERUMAHAN
255. Majlis Perumahan Mampu Milik Kebangsaan yang menyatukan gerak kerja semua agensi yang berkaitan di bawah satu bumbung, dan dipengerusi oleh Perdana Menteri.
256. Membina 1 juta rumah mampu milik dalam masa dua penggal dan menyelenggara satu pengkalan data terbuka rumah mampu milik yang belum terjual
257. Sistem Penurusan PerumhanNegara (SPRN)
258. Skim Perumhan Mampu Milik Swasta, 7563 unit dibina.
259. 4,468 menandatangani perjanjian jual beli
260. Selaraskan agensi PRIMA, SPN dan perluas skim sewa beli
261. Dana RM1b untuk pembelian tumah pertama
262. Membuat dasar komuniti negara
263. Penganjuran pertama Konvensyen pemerkasaan PBT dan konvesnyen pemerkasaan majlis pengurusan kampong baru.
264. Menetapkan standard baru rumah mampu milik 900sf
265. Pembangunan semula Highland Tower
266. Semakan dan pembaharuan kepada struktur Pesuruhjaya Banggunan (CDB) dan Akta Pengurusan Strata
267. Penjenamaan semula pinjaman wang berlesen kepada kredit komuniti
268. Mengawal AP plastic dengan syarat yang lebih ketat
269. Memperjuangkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan
270. Pengecualian duti setem untuk semua pembelian rumah semasa kempen pemilikan rumah (HOC).

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN PENGGUNA
271. Menggerakkan Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara
272. Pengenalan pas tanpa had My100 bagi perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel dan pas tanpa had My50 bagi perkhidmatan bas
273. Perluasan pelaksanaan Foodbank Malaysia ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA)
274. Menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menjalankan Kajian Rantaian Bekalan
275. Menyarankan pemberian diskaun 20% kadar tambang KTM Komuter
276. Penubuhan Jawatankuasa Tindakan E-dagang Kebangsaan
277. Tambahan 5 barang sebagai barang kawalan baharu iaitu ayam standard, telur gred C, kubis bulat import, ikan kembung segar beku dan kelapa biji
278. RM20 juta untuk pelancaran Kempen "Beli Barangan Malaysia" sebagai langkah memperkukuhkan perusahaan kecil dan sederhana.

KEDAH
279. Pembangunan Lapangan Terbang Kulim KXP bernilai RM1.6b
280. Pembangunan Hab Industri Pembuatan & Logistik di Sidam RM300J
281. Perlaksanaan kajian impak untuk pembinaan Taman Industri Petro-Kimia di Gurun bernilai RM2j
282. Pembinaan Perpustakaan Digital di Alor Setar bernilai RM15j
283. Pembinaan Lebuhraya Koridor Utara Fasa 1A bernilai RM1.7B
284. Program Kasih Ibu dengan peruntukan RM30j
285. Peruntukan Pembangunan Kedah untuk tahun 2019 bagi 51 projek baharu RM82.5J
286. Memperkemaskan fungsi masjid, peruntukan sejumlah RM2.5 juta kerja menaiktaraf.
287. RM2 Juta untuk menaiktaraf pejabat agama dan mahkamah syariah
288. Mahkamah Syariah Bergerak (myReCourt)
289. Mewujudkan Tabung Islah Maahad Negeri Kedah (TIMked) untuk perkasa Institusi Pondok, Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat.
290. Yayasan Pendidikan Islam Darul Aman (YPIDA) untuk martabatkan pengajian dan pembangunan Institusi Pondok, Tahfiz dan Maahad
291. Skim Takaful Murabbi Darul Aman untuk melindungi Guru KAFA, Pondok, Tahfiz & Takmir di seluruh Kedah sekiranya ditimpa musibah seperti kemalanhan dan kecederaan.
292. RM66.75 juta bagi menambahbaik infrastruktur sedia ada, menyediakan keperluan infrastruktur baru.
293. RM15 juta untuk program tebatan banjir.
294. Tabung Pesakit Kronik, RM500 ribu diperuntukan bagi permulaan.
295. RM19.9 juta diperuntukan bagi Projek Kecil Kemajuan Luar Bandar, Projek Pembangunan Sosial, Projek Pembangunan Masyarakat, Projek Basmi Kemiskinan serta Projek Peningkatan Pendapatan dan Kemakmuran Rakyat.
296. Pembangunan Industri Pertanian dan Penternakan
297. Program Pembangunan Industri Pertanian Berjumlah RM9.8 Juta
298. Projek menaik taraf loji rawatan air di Jenun Baru - RM161 juta
299. Projek menaik taraf loji rawatan air di Lubuk Buntar Lama - RM57 juta
300. Projek menaik taraf loji rawatan air di Sungai Limau - RM108 juta
301. Projek menaik taraf loji rawatan air di Bukit Selambau - RM147 juta
302. Projek menaik taraf loji rawatan air di Pelubang - RM455 juta telah lulus

PERAK
303. Kotak Harapan bantuna keperluan makanan untuk 6 ribu fakir setiap bulan
304. Kad makanan bernilai RM90 untuk pmebelian barangan
305. Kad kesihatan bernilai RM300 setahun kepada golongan yang memerlukan
306. Air percuma. 25 meter padu sebulan
307. Takaful tabarruk. RM2j untuk waris yang B40
308. Rumah Harapan. Program pinjaman perumahan tanpa faedah untuk rumah kos rendah kurang daripada RM100,000.
309. Sayangi Rumahku, program batnuan baik pulih rumah dan bina rumah baru tanpa bayaran.
310. Tabung simpanan pendidikan anak Perak. Peruamhan kos rendah sederhana dan mampu milik.
311. Penerbangan LTSAS. Penerbangan domestic ke Johor Baharu, Singapura, Melaka.
312. Taman Tema MAPS kini masuk percuma.
313. Insentif penjawat awam Perak.
314. RM24.6J peruntukan untuk syiar Islam.
315. RM13J untuk intitusi tahfiz dan pondok

KERJA RAYA
316. Program penilaian dan pensijilan bagi (IBS) melalui penerapan kaedah penilaian yang sistematik dan komprehensif.
317. CIDB INFRASTAR. Penarafan bagi mengukur tahap kemapanan setiap projek infrastruktur di Malaysia.
318. CIDB MYCESMM. Malaysian Standard, MS 2701:2018 adalah penyeragaman pengukuran, penyediaan kuantiti kerja-kerja kejuruteraan sivil melalui penggunaan satu standard bertaraf antarabangsa.
319. Pembukaan cawangan CIDB di Sibu Sarawak
320. Pengiktirafan dunia kepakaran teknikal JKR PIARC
321. 121 buah projek infrastruktur bernilai RM13,932 Juta yang ditawarkan secara rundingan terus dan tender terhad oleh (BN) akan diteruskan selepas rundingan semula harga

TENTERA
322. Membangunkan Kertas Putih Pertahanan
323. Bantuan Penjimatan 10% perolehan 4 buah LMS untuk TLDM
324. Penganjuran LIMA 19 terbaik dalam sejarah
325. Perintis pensijilan terbaik standard Sistem Anti Rasuah (ABMS)
326. Menubuhkan pemrintahan Nuklues siber dan elektromagnetik (PSE)
327. Mewujudkan keselamtan siber nasional (NSCP & CEMA)
328. Melaksanakan 16 projek land swap kemenetrian pertahanan
329. Bantuan Harapan Negara (BHN B40)

PENGANGKUTAN
330. Perkhidmatan percuma SKYPARK link
331. Mewajibkan penukaran beg udara takata
332. Aplikasi telefon mudah alih MYAIRPORTS
333. Kawal selia pembangunan dan perancangan pengangkutan darat dibawah satu kementerian
334. Pemutuhan semua saman AES
335. Pengenalan rangka kerja QOS lapangan terbang
336. Pelaksanaan operasi awas dan mata dimerit
337. Peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi
338. Penguruangan harga tambang kapal terbang semasa musim perayaan
339. Pembukaan stesyen keretapi Abdullah hokum
340. Penguruangan 20% harga tambang kapal terbang semasa perayaan
341. Penubuhan National Shipping And Port Council
342. Penurunan harga 20% harga tambang BRT SUNWAY
343. Fasiliti kerusi roda dan kereta sorong bayi percuma di KLIA2
344. Penubuhan National Aviation Consultiative Council
345. Pas bulanan tanpa had MY50 &MY100
346. Perlanjutan perkhidmata udara luar bandar yang disediakan MASWINGS
347. Modul pendidikan keselamatan jalan raya (PKJR)
348. Rm10 tambang sehala perkhidmatan ke KLIA/KLIA2
349. Diskaun 20% tambang KTM Komuter
350. Penyeragaman pengiraan Fi lessen kenderaan motor
351. Pelupusan kenderaan terbiar

KESIHATAN
352. Menangani isu kebajikan dalam kalangan pegawai kementerian
353. Program Peka B40. Saringan kesihatan dan bantuna alat perubatan untuk golongan B40

TENAGA, SAINS & TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR
354. Meningkatkan peratusan penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) daripada 2% kepada 20% menjelang tahun 2025.
355. Peruntukan RM300j bagi penyelesaian banjir Tawau
356. Penyediaan SOP Bauksit.
357. Memuktamadkan 74% jarak sempadan antarabangsa darat dengan negara jiran.
358. Inisiatif pembiayaan hijau (green financing)
359. Isu-isu tenaga elektrik di Sabah
360. Meningkatkan tadbir urus industri bekalan elektrik di Malaysia (MESI)
361. Memperkasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
362. MESTECC juga berhasrat menjadikan Kementerian ini sebagai tempat terbaik untuk bekerja (Best Place to Work)
363. Roadmap Towards Single-Use Plastic 2030
364. Penstrukturan perkhidmatan air Selangor. Mnetapkan sasaran penurunan purata NRW kebangsaan kepada 31%.
365. Pemashuran Lembah Kinta Geopark dan Jerai Geopark.

Lebih dari 365 boleh dikumpul. Memandangkan agensi sepatutnya tidak mengumpul dan menguar-uarkan pencapaian setahun pentadbiran kerajaan, maka aku tolong buatkan. Sepatutnya buat video, senaraikan pencapaian agensi & kumpul buat dokumen. Doakan aku jadi Menteri Penerangan atau KP Penerangan, tahulah aku godam. Haha.

Yang betul teruslah sokong, yang tak betul kita akan terus menegur dengan ikhlas. Tapi, kita tidak mampu memuaskan hati semua orang sampai bila-bila.

Bowburn, Durham
9 Mei 19, 11.40 malam

#Negaraku #MforMalaysia #Harapan #Setahun #365 #905

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

  Hadi anggap nafsu ibarat kuda liar, netizen sindir pemimpin bernafsu ‘tebuk atap’ Oleh FAZLI RADZI   /  April 20, 2021 Presiden Pas, Datuk...