ADUN BESERAH KATA DIA JAHIL MENENTANG LYNAS



Adun Beserah dari Pas berkata, beliau adalah di antara yg kuat menentang Lynas dulu, tapi skrg dah sedar Lynas tu baik.  Itu pengakuan Adun Beserah.  Itu hak dia, aku tak.pelik.  Kalau prinsip parti yg lebih syarie pun parti Pas boleh pinda, setakat kilang Lynas ni benda kecik je.

Dulu Pas pegang prinsip lawan Umno itu jihad dan boleh mati syahid atas alasan Umno kekalkan peraturan Jahiliyyah.  Umno.parti zalim, dan Islam melarang cenderung kpd kezaliman, kata lebai.  Pas pun pernah kata, lebih baik bubar Pas daripada bersama Umno.  Pas juga pernah berkata, pas kuat bersendirian kerana Allah ada boleh bantu Pas

Itu di antara prinsip2 syarie Pas dulu.  Kalau itu pun Pas boleh langgar dan perbodohkan walaun2 dia, apa peliknya kalau Adun Beserah selamba saja mengaku dulu dia jahil isu Lynas?   Tapi selepas berpeluk dengan Umno baru sedar Lynas itu suci lagi menyucikan?  Aku cuma simpati saja dengan budak2 dia dulu yg bersungguh2 bersamanya melawan Lynas san bukan sedikit tenaga dan wang ringgit habis waktu itu.  Malangnya, demi nak.peluk Umno, sanggup mereka dipermainkan.

WFAUZDIN NS

No comments: