Laporan Audit Negara sekali lagi nobatkan Pulau Pinang sebagai juara




GEORGE TOWN, 21 OGOS: Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekali lagi mencatatkan prestasi terbaik dalam Indeks Akauntabiliti oleh Laporan Ketua Audit Negara.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada keberkesanan pentadbiran Cekap Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang diamalkan kerajaan negeri sejak 2008.
“Contohnya lebihan Belanjawan dicatatkan setiap tahun, kenaikan rizab asset lebih 100 peratus, pengurangan hutang kerajaan negeri sebanyak 90 peratus.
“Manakala, lebihan Belanjawan terkumpul sebanyak RM574 juta dalam 8 tahun 2008-2015 berbanding dengan RM373 juta dalam 50 tahun di antara 1957-2007,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam kenyataan, hari ini.
Setiausaha Agung DAP itu dalam pada itu turut mengucapkan tahniah kepada jabatan atau agensi kerajaan negeri di atas pengiktirafan berkenaan.
“Kami berharap pengiktirafan ini akan memberikan galakan untuk mereka terus berusaha gigih bukan sahaja untuk mengekalkan kedudukan cemerlang tetapi memperbaikinya lagi agar semua jabatan atau agensi boleh memperolehi prestasi cemerlang lima bintang,” ujarnya.
Laporan Audit Negara 2016 menobatkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Harapan (HARAPAN) di tangga pertama diikuti Kelantan dan Pahang.
Malah, menurut laporan tersebut, terdapat dua jabatan atau agensi kerajaan negeri mengalami peningkatan berbanding penilaian pada tahun sebelumnya.
Berikut adalah jadual penuh penarafan lima bintang yang diperolehi setiap negeri di Malaysia: