VIDEO DAN GAMBAR : CERAMAH PH DI KLEBANG SEMALAM-RAMALAN KIT SIANG HAMPIR TEPAT

Image may contain: 2 people, people smiling

Ramalan tokoh vateran Lim Kit siang bahawa Perak akan tumbang kepada Pakatan Harapan menghampiri matlamat apabila gambar dan video berbicara. “Perak akan menjadi salah 1 kerajaan negeri yang akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang,” kata beliau.
Bagaimanapun menurut Kit Siang, bukan 1 tugas mudah untuk membawa perubahan seperti apa yang dicapai oleh BN pada pilihan raya umum 2013 apabila ia berjaya mempertahankan negeri itu.
“Tetapi semua rakyat Malaysia patriotik, tanpa mengira bangsa, agama, rantau atau politik, mesti bersatu untuk ‘Menyalamatkan Malaysia’ daripada menjadi negara yang gagal demi anak-anak kita,” kata beliau dalam ucapannya pada perhimpunan PH di Parit Buntar, Perak malam tadi.
Beliau berkata pilihan raya umum 2013 telah menyaksikan “ketidakadilan” di mana parti-parti dari pakatan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat (PR), memenangi 55% undi popular di Perak.
Bagaimanapun, BN terus membentuk kerajaan negeri kerana memenangi 31 kerusi DUN berbanding 28 kerusi di pihak DAP, PKR dan PAS yang menganggotai PR, kata beliau.
Beliau juga berkata PR ditewaskan di 4 kerusi dengan kurang daripada 303 undi iaitu Lubuk Merbau di mana kurang 53 undi, Manjoi (132), Manong (231) dan Pasir Panjang (302).
Kit Siang berkata, kemenangan PH tidak mustahil kerana situasi politik negara ini telah mengalami perubahan besar dengan keanggotaan 4 parti dalam PH iaitu DAP, PKR, Amanah dan PPBM yang bertindak bersama selepas pengumuman struktur gabungan, logo dan kepimpinan baharu pada 14 Julai lalu.


Kredit Photo : Wan Mohamad Desah



Image may contain: one or more people and crowdImage may contain: 3 people, people smiling, people standing

No comments: