Nasruddin gagal jadi naib presiden Pas


Nasrudin Hassan Nasrudin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan gagal menempatkan diri sebagai salah seorang naib presiden Pas bagi sesi 2017-2019 apabila hanya mendapat 478 undi perwakilan.
Manakala Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad mengekalkan jawatan tersebut.
Idris yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang mendapat 1,062 undi, Mohd Amar (950 undi) dan Iskandar (703 undi).
Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong pada Muktamar Pas kali Ke-63 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut hari ini.
Berikut senarai penuh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi 2017-2019:
PENGERUSI TETAP
1) Hussin Ismail
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1) Ustaz Kamal Shaari
PRESIDEN
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
TIMBALAN PRESIDEN
1) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
NAIB PRESIDEN (3)
1) Ustaz Idris Ahmad (1062)
2) Datuk Mohd Amar Abdullah (950)
3) Datuk Iskandar Abdul Samad (703)
4) Ustaz Nasruddin Hassan (478)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
1) Najib Mat
2) Mat Syukor Abd. Aziz
AHLI JAWATANKUASA KERJA (18)
1) Dr Riduan Mohd Noor (970)
2) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (932)
3) Datuk Mohd Nassuruddin Daud (970)
4) Dr Mohd Zuhdi Marzuki (878)
5) Ustaz Sallehen Mukhyi (848)
6) Razman Zakaria (730)
7) Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (1005)
8) Dr Rosni Adam (752)
9) Mohamad Sanusi Md. Nor (606)
10) Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan (1001)
11) Dr Najihatussolehah Ahmad (887)
12) Ustaz Mokhtar Senik (724)
13) Ustaz Abdullah Hussin (666)
14) Muhtar Suhaili As-Sarawaki (618)
15) Ustaz Zaharuddin Muhammad (583)
16) Ustaz Norazli Musa (565)
17) Zainal Abidin Kidam (450)
18) Mohamad Noor Mohamad (559)
19) Dr Mohd Fuad Salleh (496)
20) Dr Halimah Ali (872)
21) Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi (797)
22) Ustaz Ahmad Yahya (612)
23) Kamaruzzaman Mohamad (715)
24) Ustaz Misbahul Munir Masduki (639)
25) Dr Azman Ibrahim (730)
26) Ustaz Saiful Bahri Mamat (556)
Mengulas mengenai kekalahannya, Nasruddin yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penerangan Pas berkata, ia tidak menjejaskan semangat juang beliau bersama Islam.
"Pas akan terus maju ke hadapan dengan team kepimpinan yang lebih mantap dan saya akan terus bersama mendukung kepimpinan mereka untuk memacu perjuangan Islam meskipun hanya sebagai ahli biasa," katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau juga, Pas kaya dengan generasi pelapis dan mereka yang layak untuk memimpin dan menjadi pejuang tanpa mengira di mana posisi mereka.
"Berapa pun jumlah yang meninggalkan Pas seketika dulu, tidak menjadikan Pas lemah malah makin utuh, tenang dan mantap.
"Insya Allah, telah saya tegas dalam ucapan penangguhan saya sebelum pengumuman Lembaga Pemilihan Parti Pas Pusat, bahawa mudah-mudahan sayalah yang tidak terpilih memikul beban tanggungjawab yang berat ini dan saya akan terus memberi komitmen yang tinggi kepada perjuangan Islam yang digerakkan oleh Pas serta saya sekali-kali tidak akan mengikut jejak langkah G18 yang lari meninggalkan Pas selepas tewas," katanya.

No comments: